Pages

Monday, October 26, 2009

Bajet 2010 - Menstruktur semula skim subsidi minyak



"Minyak bersubsidi kini dinikmati oleh semua pengguna kenderaan termasuk pemilik kereta mewah dan rakyat asing. Keadaan ini membebankan Kerajaan kerana menanggung subsidi yang tinggi. Bagi memastikan hanya kumpulan sasar diberi subsidi. Kerajaan akan melaksanakan satu sistem pengurusan subsidi minyak pada awal 2010. Sistem yang mesra rakyat ini akan mengguna pakai MyKad dan infrastruktur sedia ada. Pendekatan untuk memberi subsidi bagi kumpulan sasar sahaja akan juga digunakan untuk komoditi lain."

Secara mudahnya ialah bermula awal 2010, Kerajaan akan make sure subsidi minyak akan dinikmati oleh orang yang memerlukan sahaja. Di sini Kerajaan memberi indicator bahawa org yang guna kereta mewah dan rakyat asing akan membayar petrol dengan harga yang lebih mahal. Macam mana mechanismnya tidak dijelaskan dengan detail tetapi akan menggunakan MyKad. Di harap Kerajaan dapat minimakan salahguna, sebagai contoh, kalau anda bergaji tinggi (ni boleh check dengan LHDN) then your MyKad akan ditag sebagai orang yang tak perlu subsidi, then apa kata kalau dia suruh wife dia pi isi minyak?????

Ataupun, rakyat Malaysia tolong isi minyak untuk warga asing atau setiap orang diberi limit untuk menerima subsidi i.e. RM100 sebulan..... Apa-apa pun, kita tak perlu speculate dan tunggu announcement daripada Kerajaan. Sekali lagi diharap tak ada kebocoran atau salah guna sistem yang akan diperkenalkan kelak.....

Bagi anda di sana yang guna kereta mewah atau rakyat asing, bersedialah dengan sistem baru...........

9 comments:

Of Tr@vels, 3nvironment and bl@bl@bl@ said...

takpe..kereta aku kereta kancil,,harap2 ler..dapat minyak murah..

Sharinginfoz said...

Of Tra@vels, harapan rakyat ialah sistem yang baru ni lebih memberi manfaat kepada golongan yang betul2 memerlukan.....

Anonymous said...

Anonymous said...

Psl mechanism untuk control subsidi ni aku nk cerita sket la untuk rakyat jelata... last year cmpny aku antara 7 cmpny yg proposed mechanism tu...

Mcm2 yg dtg dgn technology mykad, touch & go, bio metric & etc, aku plak dgn special device yg mmg x blh disalah guna oleh rakyat... sbb yg lain tu base pda kad..

Panel yg buat saringan tu mcm2 level, dari decision level sampai lah technical level... smua akui bila crita kad je mmg senang sgt2 passing pada sapa2 & salah guna, & kesemua panel yg judge aku punya system plak agreed mmg x leh nk salah guna sbb device aku tu mounted kt tangki kereta, skali cuba detached terus damage & have to pay for penalty.

Sharinginfoz said...

anon, diharap agar sistem baru ni tidak berlaku kepincangan.....

yus said...

anon, kalau nak pasang device baru,sapa nak bear all the cost?makin leceh la nampaknya..

kalau govt decide guna mykad,mcmana pula untuk yg guna credit card?

Sharinginfoz said...

yus: satu persoalan yang baik. satu lagi mengenai penggunaan mykad, itu nak menentukan sama ada pembeli tu malaysian or non-malaysian, tunjuk aja mykad pas tu beli lah macam biasa guna cash or kad kredit tak timbul masalah

Mas Putri, said...

Bagus sistem ni diadakan, dah lama dah terfikir sistem MyKad ni. sbnya, rakyat asing pon turut sama menikmati subsidi kita, macam mana beban kerajaan tak tinggi? saya harap penggunaan MyKad ini diperluaskan pd subsidi2 kerajaan yg lain spt barang kawalan spt beras, gula, dll.

Sharinginfoz said...

Mas Putri: Memang betul tapi rasanya kalau org Malaysia yang berpendapatan tinggi tak perlu kot subsidi, kan????

Anonymous said...

betul tu...orang yang berpendapatan rendah je sepatutnya memerlukan subsidi kerajaan.yang dah kaya tu bantu2 lah k.