Pages

Saturday, October 24, 2009

Bajet 2010 - Kad Kredit (Budget 2010 - Credit Card)

"Dewasa ini perangkaan menunjukkan bahawa penggunaan kad kredit adalah semakin meluas. Bilangan kad kredit meningkat daripada lebih 2 juta pada tahun 1997 kepada 11 juta sehingga Ogos 2009. Bilangan tersebut tidak termasuk kad caj sebanyak 285 ribu yang telah dikeluarkan pada ketika ini. Sebagai langkah untuk menggalakkan perbelanjaan berhemah, Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan sebanyak 50 ringgit setahun dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yaang diberi percuma. Kerajaan juga mencadangkan cukai perkhidmatan sebanyak 25 ringgit setahun dikenakan ke atas setiap kad kredit tambahan. Langkah ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januai 2010."

Apa maksudnya?

Ini maknanya bermula 1 Januari 2010, charge akan dikenakan sebanyak RM50 setahun bagi setiap kad kredit utama dan kad caj. Di samping itu, RM25 setahun dikenakan kepada kad kredit tambahan.

Komen:

Sekiranya dalam market ada 50% kad kredit utama dan 50% kad kredit tambahan, Kerajaan akan memperoleh pendapatan daripada kad kredit sebanyak RM412.5 juta setahun dan RM14.25 juta daripada kad caj. Semuanya berjumlah RM426.75 juta setahun. Pendapatan ini akan digunakan untuk pembangunan negara.

Pada pandangan saya, ianya tidak akan mengurangkan penggunaan kad kredit dan tak ramai orang akan cancel kredit card yang ada sekarang dengan pengenalan cukai ini. Walau bagaimanapun, bagi yang mempunyai banyak kredit card i.e. 6, cukai yang kena dibayar ialah RM300 setahun. So kalau kad tu tak utilise, saya berpendapat baik di cancelkan sebelum akhir tahun ini. Buat apa nak pegang kad kredit kalau kita tak guna. Seperti yang saya sarankan sebelum ini, limit kan kad kredit sebanyak dua sahaja.

Diharapkan dengan ini, dapatlah kiranya tujuan utama pengenalan cukai ini, menggalakkan perbelanjaan berhemat dapat dicapai.

14 comments:

juk said...

sedihnya pakcik. kalau gitu kena pi cancel la kad kredit sebelum thn baru. huwaa!!!!!

zukidin.blogspot.com

Sharinginfoz said...

juk, kad kredit penting juga asalkan kita tahu macam mana untuk menjaganya. rasanya kalau satu or dua kad kredit tak ada masalah

en sesengat said...

ni yg pakcik sesengat x setuju nih......pakai card telefon jla pasnih...

iriene said...

Sedihnya, sepatutnya 2 kad pertama dikecualikan.
Kad Tambahan sahaja dikenakan cukai...
Susahlan macam ni sebab I banyak 0% instalment purchase, macam mana nak langsaikan hutang sebelum cancel kad...pening...pening!
Do drop by my blog to support, harap ada rezeki untuk maintain at least 2 kredit kad :) Tks!

Anonymous said...

Good write up. Tak pernah i fikir dari segi ini yang kerajaan akan mendapat 450 juta. Kalau pendapatan tu guna untuk pembangunan, memang baikla. Tapi kebiasaannya, it masuk kocek orang lain.

Sharinginfoz said...

iriene: Hmmmm, memang le siapa suka bayar cukai kan, i pun ada satu card yang installment tapi bukan 0% tapi balance transfer but dah habis bayar, nak cancel sebab kena early settlement charge of RM100 so maintain ajalah, bila dah sampai masa cancel aja. Cancel satu ada le satu lagi.....

Anon: Memang i pun tak pernah sebanyak tu income govt, apa-apa pun harapan kita untuk digunakan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat...

kura said...

Asalkan kita pandai menggunakan kemudahan kredit card ni, rasanya takde masalah dan banyak keuntungannya.... contohnya, saya guna hampir 80% perbelanjaan menggunakan kredit card maybank, dengan kemudahan maybank2u saya dapat lihat bila charge di update dan terus bayar, bil TNB dll pun saya bayar menggunakan kredit card dulu, kemudian selepas credit card update, terus saya transfer dari account. Selalunya, dalam masa 2-3 tahun, treat point saya dah mencecah hampir 100k (+multiple point)... dan saya tukar dengan voucher, dpt dalam RM800++. Saya tak bawak cash banyak, dan siap dapat duit lagi... pada saya senang je, siapa yang takde kawalan diri, tak payah kredit card pun boleh melingkup...

Sharinginfoz said...

kura, tima kasih di atas your experience mengenai kad kredit...... kalau yang boleh displin ok tak jadi masalah

Anonymous said...

yang di persoalkan hanyalah pemegang kad kredit saja, bagaimana pulak nasib pekerja yang bekerja di syarikat kredit kad...Kalau semua nya canx, mana syarikat nak ada pendapatan seterusnya ini boleh menjurus kpd pemberhentian pekerja... Inikah matlamat kerajaan ?

Sharinginfoz said...

Anon, diharap tak ada sesiapa pun yang akan dihentikan kerja dengan pengenalan caj perkhidmatan. maybe bank boleh absorb kos tersebut.....

Anonymous said...

boleh ke agaknya bank absorb kos nie?mungkin bank boleh buat new regulation ke, "to any cardholders yg spend 6k above, bank akan absorb cost"..hehe

yus said...

anon,
ape affectnye kpd bank kalau ramai org terminate credit card?adakah credit card ni penyumbang utama kepada keuntungan bank?back in 1990s, tak ramai org guna credit card and bank still make lot of profits....credit card is a necessities nowadays,if govt proceed with the plan, the credit card holders will reduce and certainly will not affect bank's profit

Sharinginfoz said...

anon: rasanya tak ada masalah bank nak absorb cost, yalah yang bagi free gift tu nilainya sure melebihi RM50

yus: yalah bank dapat profit banyak dari credit card, tapi kalau ramai yang terminate, sure workforce diaorang akan dikurangkan...

ckinleng said...

Bank boleh absorb tetapi government takkan membenarkan ini berlaku. Sebabnya ialah government tak nak kita fikir yang mereka ni nak duit itu sahaja. Mereka kata tax ini untuk 'prudent spending' ma. bukan untuk government income ma. Tapi saya rasa bank boleh absord dengan cara lain seperti cash rebate yang lebih banyak. hehe