Pages

Saturday, June 27, 2015

Apa Ada di Pasar Ramadhan TTDI 2015

Tadi kebetulan pi area TTDI so singgah le kejap di Pasar Ramadhan TTDI untuk cari juadah berbuka. 
Ramai betul yang beratur kat satu gerai ni.
Rupa-rupanya mereka inginkan putu piring. Mesti sedap ni.
Putu piring ni kalau makan panas-panas sure terangkap tapi kenalah tunggu waktu berbuka ya. Kan sekarang ni kita berpuasa. So far ni kali pertama saya terjah di Param 2015 di TTDI.
Sate sudah semestinya salah satu makanan yang ada di param.
Siapa suka dengan tepung pelita. Sebut aja tepung pelita mesti teringatkan Paya Jaras. Tepung Pelita Paya Jaras ni memang terkenal. Tagline diaorang "Rasa Sebulan Rindu Setahun". Sekarang ni harga dia 5 ketul untuk RM3 berbanding dengan tahun lepas 6 ketul. Dengan confidentnya pi le kat depan tu untuk beli tapi rupa-rupanya ....................
Ramai yang beratur kat belakang so kena Q le ya.
Yang uniknya tepung pelita ni hanya dijual sebulan aja dalam setahun. So tunggu le puasa tahun depan pula ya. Satu lagi yang unik memang diaorang guan daun pandan dan bukannya perisa.
Kat TTDI ni juga ada masakan Kelantan yang diterbangkan khas dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Setiap hari ada delivery. Tapi hari Ahad Kak Noh ni tak jual kat param TTDI since dia nak juga berbuka ngan family.
Inilah yang istimewa percik perut ayam. Memang susah nak cari kat KL.
Ni benda yang grill ada juga.
Chicken wrap pun sodap. Lamb pun ada.
Tengok sotong ni teringat masa beli kat Taman Melawati
So belilah seekor untuk makan nanti. Anyway selamat berbuka semua.

6 comments:

cikgunurulizza said...

Uhh pasar ramadhan, masih belum pergi lagi. Malas nak bersesak sesak.huhu

Myvitrd said...

wah menarik ni bro.. hujung minggu macam nak gi sini

eelobor said...

haaa....perut ayam percik tu memang sedap, terutama kalu beli depan wisma nordin batik di pintu geng kan? hihihihi

BeHappy said...

terima kasih sbb share info psl bazar ttdi...mmg tgh cari info psl tepung pelita paya jaras jual ke tak lagi situ...nampaknye ade lagi..boleh la nak gi beli...:)

mama tisya said...

dlu kt ttdi ni femes popia yg giant..pernah mkn skali sedap

marshalizadotcom said...

Perut ayam percik my fav.....kecuqqq


Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY