Pages

Sunday, June 7, 2015

Cuba Cafe Jiran di Wangsa Maju Le Pula

Semalam pi makan kat Cafe Jiran yang bertempat di No. 23, Jalan 3/27D, Seksyen 6, Wangsa Maju. By tje way, boleh call managernya Encik Muhammad di 019-613 0051 untuk keterangan lanjut. Restoran ni tak jauh dari Pasaraya Hero.

Memang ramai yang datang untuk menikmati dinner masa kami sampai kat sini. Kalau tak silap ianya dibuka dari pukul 5.00 petang hingga 1 pagi. Jom kita tengok menu yang ada kat sini. 
Anyone suka pizza so bolehlah datang sini. Ada pepperono, hawaiian dan macam-macam lagi. Harganya pun menarik serta diaorang akan buat sebaik sahaja kita order termasuk sekali base pizza yang diuli. So ianya fresh dan panas from oven.
Peminat spaghetti tidak akan kecewa dengan beberapa jenis hidangan yang ada kat sini.
Grilled chicken, chicken chop serta roasted chicken ada gak kat sini.
Harga minuman boleh dikatakan berpatutan.
Terlupa nak cakap selain daripada western food, nasi goreng pun ada kat sini.
Ni garlic bread yang panas-panas dan ianya lembut. Itu membuatkan ianya unik jika dibandingkan garlic bread tempat lain.
Spaghetti ni Afiqah cakap memang sedap sangat, macam tak cukup aja. Actually dia minta untuk tambah satu pinggan lagi tapi kami beli pizza instead. Harga chicken bolognese ni RM8.80.  
Ini fish and chips @RM9.50. Not bad rasanya tapi ianya terlebih garing. Kalau kurang garing sikit memang perfect le.
Sama juga dengan chicken cho @RM9.90. Memang dah sedap tapi ayamnya garing sangat dan fries terlebih masak. Apa-apa pun, I don't mind to eat here again.
Pizza ni memang sedap @RM15.40. Memang basenya yang garing dan rasanya yang sedap. Memang panas-panas menjadikan makanan ni lagi sedap.
Semua sekali termasuk dengan air, kami belanjakan sebanyak RM59.47. Rasanya di bawah RM60 ni boleh dikatakan berpatutan dengan makanan masakan barat. So begitulah cerita dinner di Cafe Jiran yang terletak di area Pasaraya Hero, Wangsa Maju.

2 comments:

mama tisya said...

Ingtkn jiran buka cafe.. Rupanya nama cafe tu cafe jiran hehe..murah jugak menunya

eelobor said...

malam sebelum tu pegi pusing kat jiran cafe, tengok susah nak parking. sudahnya pergi makan burger king dekat wangsa walk