Pages

Wednesday, October 22, 2014

Memang Sedap Nasi berlauk Ayam Kak Wok di TTDI Shah Alam

Tadi sempat terjah ke Restoran Kedai Nasi JJ (Kak Wok) cawangan Shah Alam. By the way, boleh tengaok facebook Kak Wok untuk keterangan lanjut.

Nasi berlauk ayam Kak Wok ni memang tak asing lagi bagi kalangan orang Kelantan.
So bagi yang nak merasa masakan Kelantan dan rindu sangat ngan Kak Wok, usah risau lagi sebab boleh terjah di TTDI Shah Alam.
Masa saya sampai lebih kurang kul 9.00 pagi tak ramai lagi tapi bila dah siap bungkus nasi berlauk ayam tu, memang panjang betul yang beratur. Rata-rata yang datang tu ramai yang makan kat situ, ada juga yang bungkus. Sekali order at least 5 bungkus.
Harga satu bungkus ialah RM4.50. Harganya memang berpatutan. Jom kita tengok apa yang istimewa sangat ngan nasi berlauk Kak Wok ni.
Ianya simple je actually, ada kuah, bukan kari sangat macam masak kunyit. Pas tu ada ayam goreng dan yang bestnya sambal belacan yang kaw-kaw.
Tengoklah sambal tu, memang sedap sangat.
Saya beli tiga bungkus. Memang banyak sangat satu bungkus tu. Kenyang.
Kan saya cakap memang simple tapi rasa cukup mengancam. Ayam goreng dipotong kecil-kecil dan digoreng. Pas tu letak kuah dan sambal. Saya minta ayam goreng je. Biasanya kalau tak silap diaorang campur ayam goreng dan ayam gulai.
Lain kali boleh pi lagi beli nasi berlauk Kak Wok.

7 comments:

eelobor said...

saloh sore tokey kedai nie, saing maso sekolah menengah dulu nie.

hujung bulan nie ada pembukaan jugok nasik kak wok di ampang (belakang ampang puteri). tapi buke nasi kakwok JJ

cimon said...

Banyak giler portion dia. Jeless T_T

luqman zakaria said...

sedapnya...teringin nak rasa..

Cr. Siti Hazreen Shahrom said...

yang simple tulah yang sedap ;)

Al-Nafis said...

Memang sedap...ari tu kawan bawak gi mkn sana....memang terbaik lah

mama tisya said...

Nanti ada rezeki try ni plak

mama tisya said...

dh pegi mkn..rege terkini rm 5 sebungkus