Pages

Tuesday, October 7, 2014

Mudah Booking Teksi dengan MyTeksi

Sekarang ni kalau kita nak buat booking untuk teksi memang mudah. Pernah tak guna aplikasi "MyTeksi"? Kalau tak pernah apa kata download kat Google Play atau iTunes

Bila dah download then kita boleh tengok kat kawasan kita berada tu berapa banyak teksi yang menggunakan aplikasi MyTeksi. Macam tempat saya tinggal, masa nak book teksi tu ada 62 pemandu teksi di kawasan berdekatan.
Lepas tu kita search kat mana tempat yang ingin dituju. So jom kita pi KL Sentral yang mana jaraknya lebih kurang 10.9km.
So kita pilih budget le. Kalau yang executive mahal lagi then of course yang grabcar tu ianya adalah perkhidmatan yang premium dan paling mahal.So bila dah pilih tadi, jaraknya adalah 14.1km. Beza kan tadi lebih kurang 9.1km. Yalah yang tu adalah anggaran. Tambang teksi pula kalau tengok kat skrin atas tu adalah antara RM16-RM24.
Seterusnya kita daftar, simple aja cuma letak nama, email address dan nombor telefon kita.
Tengok tu ada caj kerajaan sebanyak RM2. Agak-agak kalau dah ada GST nanti caj ni lebih murah ke since ianya berdasarkan caj tambang. Sebagai contoh kalau tambang teksi adalah RM20, then GST sebanyak 6%, so caj kerajaan / GST hanyalah RM1.20. Kita lupakan sekejap mengenai GST.

So kalau kita bersetuju, apa lagi tekanlah "confirm booking". 
Kalau kita dah confirm, aplikasi ni akan cari pemandu dan tunggulah dalam ramai-ramai pemandu ni siapa yang ingin ambil kita or accept the job.
Kejap aja, dah dapat pemandu, maklumat yang terdapat dalam skrin ni adalah jarak pemandu dengan kita dan nombor plat teksi akan diberitahu.
So boleh tahu kat mana teksi tu berada dan nama pemandu pun diberikan so tak perlu risaulah. Satu lagi nanti kalau barang kita tertinggal ke, kita dah ada maklumat pemandu.
Kalau ikutkan skrin ni pemandu tu akan sampai dalam masa 4 minit. Mengikut pengalaman saya guna MyTeksi baru-baru ini, pemandu tu akan call kita untuk sahkan. Memang cukup senang kan.
So sementara menunggu teksi tu kita boleh check kat mana driver tu. Cukup mudah dengan MyTeksi. Anyway jumlah keseluruhan termasuk government tax yang saya guna hari tu adalah RM17.90. Cukup mudah dengan MyTeksi. Next time boleh guna lagi.

Untuk pengetahuan semua, selepas confirm booking, notification akan dibuat ke email address yang kita letak sebelum ini. So apa lagi jom MyTeksi.

2 comments:

eelobor said...

teknologi semakin memudahkan.... kenapa tak booking teksi uber bro? hahahaharammm tuh. apapun tertunggu juga ulasan penuh dalam bahasa mudah faham berkenaan GST oleh sharinginfoz. dah buat jgn lupa tag kawe sbb takut terlepas pandang entri GST

Farra Da Smiley said...

mmg biasa dah guna app my teksi ni..senang btol