Pages

Friday, October 17, 2014

Bajet 2015: Pengurangan Cukai Pendapatan Individu

Dalam Bajet 2015 yang diumumkan baru-baru ini, terdapat penurunan cukai pendapatan  individu sebanyak satu hingga tiga mata peratusan. Memang ianya sangat dialu-alukan memandangkan bermula April 2015, GST akan dilaksanakan. Di samping itu, kadar cukai maksimum yang kini sebanyak 26% dikurangkan kepada 25%.
Berdasarkan jadual yang saya dapat kat suratkhabar Harian Metro hari Jumaat, jika pendapatan bercukai anda sebanyak RM100,000, penjimatan cukai adalah sebanyak RM1,950 dan kadar cukai adalah 21% berbanding 24% sebelum ini. So kita boleh expect terdapat pengurangan potongan cukai berjadual (PCB) pada tahun hadapan.

Bagi golongan yang berpendapatan bercukai sebanyak RM400,000 setahun (RM33,000++ sebulan), mereka akan mendapat penjimatan cukai sebanyak RM7,200.

Persoalan yang bermain difikiran kita adalah adakah bajet 2015 ini adalah baik untuk individu. Adakah dengan turunkan pembayaran cukai pendapatan akan menyebabkan kos sara hidup kita akan bertambah baik?

Tidak semestinya, ini kerana jika kita jimat RM2,000 tapi kita bayar lebih dari segi GST, sebagai contoh RM2,500. Ini bermakna kos sara hidup semakin meningkat dan kehidupan kita akan lebih sukar. So kita nantikan dan tunggulah macam mana impak GST kepada kehidupan kita nanti.

Hmmmm, agak-agaknya le sebab tu ramai yang berminat untuk apply PTD dan menjadi penjawat awam kerana keistimewaan bekerja dengan Kerajaan bertambah baik sekarang berbanding tahun-tahun sebelumnya.

2 comments:

AJ said...

macam tak berapa tepat je calculation on penjimatan dia tu..

Nazri Blog said...

Saya tak berapa puashati sebab range 100-250K tu terlalu besar. Sepatutnya 100-175K dan seterusnya 175K-250K... baru OK. Beza orang yg gaji 100K dan 250K adalah sangat besar tetapi mereka bayar kadar cukai yang hampir sama.