Pages

Saturday, October 11, 2014

Bajet 2015: Skim Perumahan Belia Berkahwin Dapat RM200 Sebulan untuk 2 Tahun

Berita baik yang diumumkan dalam Bajet 2015 untuk belia yang berkahwin berumur di antara 25 hingga 40 tahun yang mana akan diberi RM200 sebulan bagi tempoh 2 tahun untuk meringankan beban bayaran ansuran bulanan rumah yang berharga tidak lebih RM500,000.

Ingat ya pendapatan isi rumah adalah tidak lebih RM10,000 dan ianya berdasarkan siapa cepat dia dapat sehingga 20,000 unit rumah sahaja. Di samping itu, mereka dapat penjimatan 50% duti setem ke atas surat pindah milik dan perjanjian pinjaman. Mereka juga dapat jaminan pinjaman sebanyak 10% bagi membolehkan peminjam mendapat pembiayaan penuh.

Komen saya adalah skim perumahan untuk belia yang berkahwin ini adalah sangat bagus bagi memudahkan mereka membeli rumah memandangkan harga rumah semakin meningkat dan of course bantuan bulanan sebanyak RM200 (jumlah keseluruhan selama 2 tahun adalah RM4,800) dapat meringankan beban mereka. So kalau kita kira jumlah 20,000 X RM4,800, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM96 juta.

3 comments:

As Samsudin said...

Hai...macamana nak apply yer?

Insan Biasa said...

nmpknye nk kena kahwin dulu ni

azlinashariff said...

Bagaimana nak memohon.... nak rujuk ke bahagian mana ya?