Ianya juga dipanjangkan kepada pegawai waniota yang mempunyai anak tiri tanggungan, anak angkat yang diambil mengikut undang-undang, anak pelihara dan anak kurang upaya.
Pada pandangan saya, ianya sangat baik dan dialu-alukan oleh semua terutamanya pegawai wanita yang mana baru sahaja melahirkan anak pertama. Butir-butir mengenai perkara ini masih samar dan tunggu nanti pengumuman Kerajaan secara detail.
Perkara-perkara yang ingin diketahui adalah termasuk macam mana dengan gaji, adakah gaji diberi penuh selama setahun ataupun hanya untuk tiga bulan pertama manakala baki sembilan bulan gaji tidak diberi. Di samping itu, berapa kekerapan akan diberi, adakah terhad untuk tiga kali. Apa-apa pun kita nantikan pengumuman lanjut ya.
OR pemahaman saya adalah silap yang mana cuti jaga anak boleh diberi kepada pegawai wanita yang menjaga anak tiri dan ianya hanya bagi tempoh setahun dari 1 Januari 2015 maknanya masuk 2016 ianya tidak digunapakai. Tunggu ajalah maksudnya.
5 comments:
Adakah tidak terikat dengan cuti bersalin bermakna boleh menjaga anak dua tahun?
Semoga proses pengganti (tanggung tugas) berjalan lancar agar kerja tidak terbeban
sekarang ini banyak kes bayi meninggal di tempat asuhan.sebab tu pemberian cuti jaga anak sampai setahun kot.
bagus kalau ada cuti mcm ni...byk sgt kes kematian bayi kat taska...susah hati nak kerja pun
tak sabar tunggu JPA keluarkan pekeliling, sbb masih agak keliru dengan maksud tidak terikat dengan cuti bersalin.. adakah bermaksud cuti tersebut boleh diambil bila2 masa (dulu kene ambil sambung terus lepas cuti bersalin, tak boleh langkau hari). Sbb kadang2 anak kene demam campak, kena sakit mata, ibu2 jugak yang kene cuti jaga anak kt rumah sbb tak boleh hantar ke taska utk elakkan jangkitan T_T
Post a Comment