Pages

Sunday, November 15, 2009

Elakkan Skim Cepat Kaya


Saya rasa mesti anda semua biasa dengan cerita mengenai skim cepat kaya..... Biasanya skim ini menjanjikan pulangan yang lumayan dalam jangkamasa yang singkat.. Lepas tu pulak bila anda masuk dalam skim ni, selalunya, anda disuruh untuk mencari ahli baru... So duit ahli baru akan diagihkan kepada anda dan orang di atas anda....

Contohnya, anda dikenalkan mengenai skim ini oleh A dan anda bayar RM1,000 kepada syarikat. So A akan mendapat RM200 dan org atas A akan mendapat RM100 dan selebihnya akan disimpan oleh syarikat.... So apa yang anda akan buat ialah mencari ahli baru untuk mendapat kembali wang anda... Senang cerita duit tu dipusing aja.. Bukannya ada underlying business.... Tetapi kadang2 diaorang cakap ada perniagaan lain, contohnya, ternak lembu ke, pelihara lintah ke... beli pasu ke, apa-apa lagi...

Di zaman era teknologi lagi le senang, bukak website pas tu duit dipindah menggunakan electronic banking.....Anyway ada juga skim menggunakan teknik "sedekah" i.e. masuk pada si A RM20 dan masuk kepada 3 orang lain di bawah A, i.e. A1, A2 dan A3 RM10 setiap satu so, anda fikir alah, kalau rugi pun RM50 aja.. Apa-apa pun elakkan benda macam tu.. Bukan senang nak jadi kaya dan nak dapat duit.... Tiada jalan mudah......

3 comments:

sulastiono said...

Pakde sih gak tertarik dengan promosi cepat kaya yang banyak ditawarkan di internet, sepertinya banyak yang ditawarkan itu merupakan penipuan terselubung

Fathi Adha said...

skim cepat kaya atau skim cepat miskin??

Sharinginfoz said...

sulastiono: memang betul kebanyakkan yang ada iklan tu memang tak betul...

fathi: memang betul sekali skim yang menjanjikan kemiskinan.