Pages

Sunday, November 1, 2009

Bajet 2010 - Sukuk 1Malaysia

"Alhamdulillah, Bon Simpanan Kerajaan berasaskan syariah berjumlah 5 bilion ringgit yang dilancarkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua telah mendapat sambutan luar dugaan. Untuk membolehkan individu yang tidak berpeluang melanggan sebelum ini dan menggalakkan pelaburan tambahan, Kerajaan akan menerbitkan Sukuk 1Malaysia berjumlah 3 bilion ringgit. Sukuk ini akan ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dengan pelaburan minimum seribu ringgit dan maksimum 50 ribu ringgit. Sukuk ini mempunyai tarikh matang selama 3 tahun dengan kadar pulangan sebanyak 5 peratus setahun yang akan dibayar kepada pemegang sukuk pada setiap suku tahun."

Inisiatif sangat baik daripada govt untuk membolehkan rakyat membuat pelaburan yag menawarkan pulangan yang sangat kompetitif iaitu pada kadar 5% setahun..... Jika dibandingkan kadar ini adalah lebih tinggi daripada kadar keuntungan yang ditawarkan oleh Bank Islam (2.96% dari 16/10 to 15/11) dan Bank Rakyat (3.20%). Diingatkan bahawa rate ini diambil pada 1 November 2009. Ianya berubah-ubah.....

Berbalik pada Sukuk 1Malaysia, keuntungannya akan dibayar setiap suku tahun dan pelaburan minima ialah RM1K dan maksima RM50K bagi semua individu berumur 21 tahun ke atas...

Sebagai contoh jika anda membuat pelaburan berjumlah RM1,000 keuntungannya ialah RM50 setahun dan akan dibayar 4 kali iaitu RM12.50 setiap suku tahunan.... Yalah itu RM1K kalau anda simpan banyak dapat le banyak keuntungan.... Bagi yang ada duit lebih tu memang patut simpan kat Sukuk 1Malaysia...... Kalau yang simpan kat saving account biasa kadar keunjtungannya lagi le sikit tak sampai 1.5% setahun melainkan anda simpan banyak....

Details mengenai dekat mana nak buat pelaburan dan macam-macam lagi pertanyaan anda akan terjawap kelak dengan announcement daripada Kerajaan kelak. Apa-apa pun anda boleh tengok
Ciri-ciri Utama Bon Simpanan Merdeka 2009.

Terkini mengenai sukuk 1Malaysia.

2 comments:

Unknown said...

Tahukah bila sukuk 1Malaysia boleh mula beli oleh rakyat Malaysia dan di mana tempatnya?

Sharinginfoz said...

louis: tempoh boleh beli pada 21 mei 2010 hingga 9 june 2010 kat kebanyakan bank perdagangan dan bank islam, bank kerjasama rakyat malaysia berhad, bank simpanan nasional dan agrobank