Pages

Monday, May 2, 2011

Arsenal Masih Berpeluang Jadi Juara Liga Perdana Inggeris

Perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris semakin sengit setelah tinggal hanya 3 perlawanan sebelum tamatnya musim ini. Pendahulu liga masih Manchester United dengan 73 mata manakala Chelsea mengejar rapat dengan perbezaan 3 mata. Arsenal dengan 67 mata berada di tempat ke-3.

Manchester United kena tunggu lama lagi untuk bergelar juara memandangkan kalah 0-1 kepada Arsenal. Manchester United perlu menang sekurang-kurangnya 2 perlawanan dengan perbezaan jaringan yang besar bagi menjadi juara tetapi bergantung kepada prestasi Chelsea. Perlawanan minggu depan sangat penting antara Man Utd vs Chelsea.

Bagi Chelsea pula, mereka perlu menang ketiga-tiga baki perlawanan dan mengharapkan Manchester United tidak mengumpul 6 mata atau lebih jika Chelsea ingin bergelar juara.

Arsenal masih berpeluang menjadi juara tetapi ianya sangat-sangat tipis. Arsenal perlu menang kesemua perlawanan seperti juga Chelsea dan mengharapkan Manchester United tidak mengumpul 3 mata manakala mengharapkan Chelsea tidak memungut 6 mata atau lebih. Apa-apa pun semua boleh berlaku dalam bola sepak.

Nak sangat tengok Arsenal menang semua perlawanan (+9 mata jadi 76) manakala Manchester seri 2 dan kalah 1 (+2 mata jadi 75) manakala Chelsea pula menang satu seri 2 (+5 mata jadi 75).

7 comments:

velasrizal said...

kejar jgn tak kejar

faiz said...

tula...harap sgt berlaku keajaiban ni..

KiD said...

liverpool tak leh ke? hehhehee

afiqazizan said...

memang sengit persaingan yang berlaku dalam liga epl tahun ini.

Sharinginfoz said...

KID: Liverpool target top 5 untuk layak ke Europa League, kalau dapat nombor 4 ok juga untuk Champions League qualification

relevan said...

\o/ arsenal..

Ayie said...

Harap2 MU dan Chelsea kalah semua game.. bole la arsenal menang.. ^^