Pages

Sunday, May 22, 2011

Kelantan vs Harimau Muda: Liga Super 22 Mei 2011

Pembetulan: Kelantan 2-2 Harimau Muda A. Jaringan matyo minit2 terakhir tidak dikira sebab offside. Harap maklum. video @youtube (TV1 dan TV3)

Update: Kelantan 3-2 Harimau Muda A (live @trwfmradio)
  • Confirmed Kelantan menang 3-2 (Keputusan dan kedudukan terkini!!!)

  • Permainan tamat tapi tidak dipastikan sama ada Kelantan menang or seri (nanti dikemaskini setelah mendapat pengesahan)

  • 86": Penyerang sensasi Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol kedua untuk Kelantan dan Kelantan masih berpeluang untuk berada di tangga teratas. Larian solo yang cantik! Kelantan 2-2 Harimau Muda A

  • 82": Pahang menambah satu lagi gol dengan Pahang 2-0 Selangor. Tinggal 8 minit lagi. Cukup selesa Terengganu untuk berada di tangga teratas setelah Kelantan dan Selangor ketinggalan

  • Harimau Muda mendahului Kelantan dengan 2-1. Terengganu bakal berada di persada liga!!! Izzaq Faris Ramlan sekali lagi menjaringkan gol

  • Perlawanan di Sabah sudah selesai dengan keputusan T-Team membawa balik 3 mata penuh setelah menang 3-1

  • 65": Terengganu 3-0 Negeri Sembilan, memang jaring banyak betul Terengganu sekarang ni, bakal menjadi pencabar kepada Kelantan dan Selangor

  • Kad kuning pertama untuk malam ini setelah Shakir (Kel) mengasari pemain Harimau Muda

  • Perlawanan separuh masa pertama dimulakan dengan Harimau Muda membuat pertukaran di mana Wan Zack Haikal dimasukkan menggantikan Thamil Arasu

  • Keputusan separuh masa pertama
    • Kelantan 1-1 Harimau Muda A
    • Felda United 0-1 Perak
    • Johor FC 1-1 Perlis
    • Kedah 0-0 Kuala Lumpur
    • Pahang 1-0 Selangor
    • Terengganu 1-0 Negeri Sembilan
    • Sabah 1-3 T-Team (sudah minit ke-75)

  • 31": Kelantan menyamakan kedudukan hasil jaringan Chanturu

  • 32": Pahang 1-0 Selangor, Terengganu 1-0 Negeri Sembilan. Jika keputusan untuk 3 pasukan teratas kekal, nampak gaya Terengganu bakal berada di persada liga buat kali pertama

  • 14": Harimau Muda A mendahului Kelantan dengan 1-0 hasil jaringan Izzaq Faris Ramlan
Previous Entry
Hari ini, 22 Mei, perlawanan bola sepak Liga Super diteruskan lagi untuk perlawanan yang ke-21 daripada 26. Sudah pastinya perlawanan pasukan-pasukan yang berada di kedudukan 3 teratas, Kelantan, selangor dan Terengganu menjadi perhatian ramai.

Pukul 8.45 malam ini, pendahulu Liga Super, Kelantan akan menentang Harimau Muda di tempat lawan, Stadium Shah Alam, Selangor. Perbezaan 1 mata menjadikan perebutan liga sangat sengit di mana, Selangor yang berada di kedudukan kedua bakal bertandang ke Pahang untuk menguatkan kedudukan.

Manakala Terengganu yang hanya dipisahkan 2 mata dengan Kelantan nampak agak selesa bermain di tempat sendiri lawan Negeri Sembilan. Sama-sama le kita tunggu keputusan terkini perlawanan Liga Super hari ini.

Perlawanan-perlawanan hari ini: (semua perlawanan pada pukul 8.45 malam kecuali Sabah @8.15 malam)
  • Johor FC vs Perlis
  • Kedah vs Kuala Lumpur
  • Terengganu vs Negeri Sembilan
  • Pahang vs Selangor
  • Harimau Muda A vs Kelantan
  • Felda United vs Perak
  • Sabah vs T-Team
Kedudukan terkini sebelum perlawanan hari ini:

3 comments:

Relevan said...

\o/ Pahang

Zura Tahir said...

hanya jd pemerhati je

eelobor said...

terengganu bukan setakat jadi pencabar kepada kelantan, malah juga pencabar kepada norshahrul iaitu abdul hadi dalam persaingan merebut kasut emas