Pages

Wednesday, May 18, 2011

Apa Itu Buli?

Lately banyak kita dengar kisah buli terutamanya yang berlaku di sekolah. Tapi adakah kita tahu apa sebenarnya itu buli dan sebab-sebab ianya berlaku? Mengikut American Psychological Association (APA):

Buli adalah salah satu bentuk perilaku yang agresif di mana seseorang dengan sengaja dan berulang kali menyebabkan orang lain cedera atau tidak selesa. Ianya boleh berlaku dalam bentuk pengenaan fizikal, kata-kata atau tindakan yang lebih halus i.e. secara emosi.

Orang yang dibuli biasanya mengalami kesulitan membela dirinya sendiri dan tidak melakukanapa-apa pun setelah dibuli.

Siapakah yang berkemungkinan menjadi pembuli dan mangsa?
  • Anak-anak dan remaja yang kurang memiliki kemampuan menyelesaikan masalah sosial lebih berisiko menjadi pembuli, mangsa atau kedua-duanya sekali. Mereka yang mengalami masalah akademik lebih cenderung menjadi pembuli
Jika berlaku gejala buli, apakah yang perlu dilakukan oleh orang dewasa ataupun guru?
  • Beritahu pelajar yang melakukan buli untuk berhenti. Mangsa perlu merasa bahawa mereka mempunyai sokongan kawan-kawan dan orang dewasa. Bantu pelajar yang ditindas agar mereka merasa selesa di sekolah dan rumah. Biar mereka dapat meluahkan perasaan
Actually banyak benda nak tulis pasal buli ni tapi takut bosan pula, apa kata kita kongsi pengalaman mengenai buli, tak kira le, guru ke, mak bapa ke, pengalaman membuli ke, pengalaman dibuli ke atau apa-apa pun. Thanks in advance.

11 comments:

shahrilhakime said...

tapi awok ghase macam udah tak banyak kes macam sebelom ni..... kalo tak haghi2 keluo paper...keluo tibi..... dulu2 buli..awok ghase lagi teghok...siap ikat dekat pokok....letak kerengge.....

Geng Borak said...

buli?? mesti orang ingat kat sekolah aje buli.. padahal, kat luar pun ada.. buli askar, buli jalanraya dan juga buli rakan sekerja.. benda memang ada berlaku.. huhuhu..

Unknown said...

buli ni sbnrnye paling terok kalo dilakukan secara dalaman, mental.boleh sakit jiwa ooo

CT said...

buli???? errmm...?????

velasrizal said...

slalu gak buli org dulu tp skrg dia dh kawen xleh buli dah

amirah said...

harap2 jgn ler anak kita kena buli..

faiz said...

buli ni kalo kat asrama mmg dah biasa sgt..

Fiza Rahman said...

BUdak kecik skang pon dah pandai membuli. Anak saya takut nak gi nursery sbb ada budak ni slalu pukul/marah dia...adoiiii...

McDonald's Malaysia - Lovin' Mid Month BUY 1-GET

IKLAN di Blog...Teguran buat BLOGGER

eelobor said...

takde la termasuk dalam list kaki buli masa di sekolah dulu, tetapi ada jugak la sedikit nakal masa kecik dulu. kan???? huhuhuhu

amry said...

aku ada sepupu yang selalu kena buli..dia ni memang ada problem sikit la....pemikiran dia lembab...kalau berjalan pon,slow jer..memang jadi mangsa buli la..dalam kes sepupu aku ni, mak ayah dia la silap aku tengok....walaupon dia betul,tapi tetap disalahkan menyebabkan dia tak ada keyakinan diri

toyolkiut said...

bg pendapat TK, buli skrg bbeza dngn dulu2..
skrg smpai mncederakan yg teruk2..
blh trauma ke akhir hayat..

buli dulu lbh pada ejek2 je..