Pages

Thursday, May 19, 2011

Syiling Kijang Emas Bank Negara Mana Pilihan Anda?

Selain daripada beli emas melalui akaun i.e. Akaun Emas KFH kita juga boleh melabur @menyimpan duit dengan membeli Kijang Emas yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Kijang Emas adalah syiling emas yang terdiri daripada tiga jenis iaitu 1/4 auns, 1/2 auns dan juga 1 auns. Malaysia menjadi negara yang ke-12 dalam dunia yang mengeluarkan gold bullion coins.

By the way, Kijang Emas ni mempunyai ketulenan 99.99% ataupun 24 karat.

Jom kita tengok ciri-ciri Kijang Emas (credit harga: BNM)
  • 1/4 Auns
    • Berat 7.78 gram
    • Harga jualan adalah RM1,243 (berdasarkan harga tutup pada 18 Mei 2011). Anyway harga akan berubah-ubah mengikut harga pasaran
    • Spread (perbezaan belian dan jualan). Anyway cara saya kira ialah [(Harga Belian / Harga Jualan)-1]*100. So ianya sebanyak 7.4%. Maknanya kalau kita beli hari ini dan selepas keluar dari kedai / bank, masuk balik then jual kembali kepada kedai / bank kita akan rugi sebanyak 7.4%
    • Harga satu gram ialah RM159.80

  • 1/2 Auns
    • Berat 15.55 gram
    • Harga jualan adalah RM2,441
    • Spread ialah 5.7%
    • Harga satu gram: RM157

  • 1 Auns
    • Berat 31.105 gram
    • Harga jualan adalah RM4,791
    • Spread ialah 3.9%
    • Harga satu gram: RM154
So begitulah sedikit sebanyak mengenai Kijang Emas. Kalau banyak duit baik beli yang 1 auns sebab, spread yang rendah dan juga harga per gram yang murah. Maknanya sebagai contoh kalau harga naik 4%, yang 1 auns kita sudah "balik modal" tapi yang 1/2 auns dan juga 1/4 auns, kita masih rugi.

Sedikit gambaran mengenai prestasi Kijang Emas untuk tempoh 5 tahun dari 18 Mei 2006 sehingga 18 Mei 2010. Kesimpulannya ialah keuntungan sebenar bagi tempoh ini setelah mengambil kira spread:
  • 1 auns: 75.5% (purata tahunan: 15.1%)
  • 1/2 auns: 72.3% (purata tahunan: 14.5%)
  • 1/4 auns: 69.0% (purata tahunan: 13.8%)
Tapi ingat keuntungan (prestasi) lepas tidak menjamin masa depan. By the way, kalau nak beli boleh tanya Maybank (tapi tak semua branch yang ada jual Kijang Emas).

14 comments:

Unknown said...

selalu takde stok... klu ada pun yg 1/4 je tinggal...

amirah said...

nanti emas fizikal nya kita boleh simpan ke atau kita boleh simpan di bank ye bro nik?saya tk paham konsep emas fizikal ni..dh cuba mencari info tp tk berapa nk jelas..ermm

eelobor said...

ejah buleh 2-3 auns... hihihihi

Geng Borak said...

wow!! satu auns... boleh tahan harganya.. huhuh

BE ke 6 dan ke 7 Serentak

LiFe KaMi said...

masalahnya kijang emas ni tak bole calar,kalau tidak tak laku nanti, cetry check syarat utk gadai balik..

Eliza said...

Nik,
I ada kemusykilan sikitlah. Which one is the best choice i shud make? Samada beli gelang/rantai emas atau beli duit syiling emas. Harga pasaran lebihkurang jer nih..

Kalo beli syiling emas perlu tak dibayar zakat even u simpan kat bank?. Sebab emas yg kita pakai harian tu atau tak pakai lgsg cuma simpan, ada zakat dikenakan kalau dah cukup mafhumnya. Tq..

toyolkiut said...

TK ada sekeping yg paling kecik tu, abang bagi masa mula2 bank ngara buat kuar dulu.. dalam kotak baldu biru..
tapi..
oh..
TK dh lupa letak kt mana..

Sharinginfoz said...

noriz: memang macam pisang panas le permintaannya

amirah: dah dapat fizikal kita boleh simpan kat rumah (risiko) ataupun sewa peti simpanan kat bank

eelobor: wow, banyak duit tu

life kami: thanks for the info

kid: memang mahal emas sekarang ni

eliza: kalau nak pakai baik barang kemas dan kalau nak buat investment saya rasa cari instrumen lain sebab barang kemas ni harga jual kembali sangat rendah. Mengenai zakat, emas pakai uruf 200g, so kalau ada 210 gram, zakatnya 2.5% ke atas 10 gram aja tapi kalau emas simpan urufnya 85gram so kalau ada 210 gram, zakat adalah 2.5% ke atas 125 gram (sumber: Zakat Pahang)

toyolkiut: kena cari tu, maklumlah banyak tu, RM1,000++

Mak lagenda said...

Kalo emas syiling ni, mak tak pernah membeli lg..nnt2 lah ada rejeki, nak juga mencuba

eyriqazz said...

Mestila yang paling berat..hik3..yup,pelaburan emasni pun ada risikonya juga....baik saya beli barang kemas untuk anak dan Isteri..hik3

Myvitrd said...

wah menarik ni.. tapi modal dah takdalah bro.. gigit jari jelah ni..

iza said...

Assalam..
Tanpa ku sedari, rupanya aku telah menyimpan syiling emas yang tertulis UNITED STATES OF AMERICA.FIVED.ada gambar helang dan sebelah lg kepala org tertulis LIBERTY 1895 warisan dari arwah abah. Tahun lalu ingat nak lebur je kat kedai emas utk buat kalong baru.Cuma tak ada masa jr nak keluar...Tak pernah tanya dan tak pernah tau pun berapa nilainya sebesar syiling 20sen...

faiz said...

btol ke kijang emas ni stock yak selalu ade..

Anonymous said...

syiling emas double eagles US lelong kt US 4.5 juta lau xclap,,,kaya lah awk iza