Pages

Tuesday, November 23, 2010

Jom Menyimpan @Melabur Dalam Akaun Emas KFH

Last week tu pi buka Akaun Emas-i di Kuwait Finance House (KFH). Sekali sekala buat something different kan.

Simpanan minima adalah 10 grams emas dan seterusnya kalau nak buat penambahan boleh beli lagi sekurang-kurangnya 5 grams.

Sebelum boleh buka akaun emas ni, kenalah buka akaun simpanan dulu yang mana deposit minima ialah RM250.

Memang simpanan @melabur dalam emas ni ada risiko turun dan naik. Sebagai contoh, hari beli tu RM139.27 satu gram tapi sehari selepas itu, harganya naik kepada RM139.87. So maknanya ianya peningkatan sebanyak 0.43% atau RM0.60 satu gram or RM6 bagi 10 grams. Tapi benda alah ni bukan untuk jangka masa yang pendek.

Ianya satu lagi alternative kepada simpanan biasa, fixed deposit (FD), unit trust, saham ataupun pelaburan lain.

Yang penting kita kena tahu tentang risiko dan juga features product tersebut. Sebagai contoh kena tahu makna buying price and selling price. Apa-apa pun, just nak explore benda baru. Kalau OK bolehlah fikir tambah lagi ke, kalau tak OK, biarlah dok kat situ kan.

Ni lah bentuk emas tu yang saya ambil gambar kat blog jutawanemas. Boleh baca kat situ, kebaikan dan keburukan melabur dalam emas. By the way, saya tak ambil physical gold, simpan aja kat bank tu, bukan boleh buat apa pun tetapi sesetengah orang suka pegang benda alah tu, maklumlah lagi seronok kot dapat tengok ngan mata kita sendiri.

Apa-apa pun sebelum kita buat apa-apa keputusan di dalam hidup termasuk dengan pelaburan, fahami betul-betul kalau kita rasa selesa bolehlah berbuat demikian. Akaun emas-i KFH ini adalah akaun emas pertama yang berlandaskan Islam @Syariah di Malaysia.

33 comments:

ejaMaria said...

aduh... nak mula dgn 10 gram tu... banyak tu...

sahromnasrudin said...

salam..mende nie memang bende baru tapi potensi dia teramat-amatlah hebat...

noorafzan.blogspot.com said...

WAH, Pelaburan yang bijak ini.
Sebab emas kan memang akan naik..
(kadang2 turun juga tapi tak banyak)..

azzey said...

Sharinginfoz: Betul tu, kena fahami betul2 sblm buat sesuatu. Pelaburan ni sama mcm nak beli insurans. pengalaman keja kat syarikat insurans byk membuka mata saya yg mana masih ramai lg yg tak fhm dgn konsep insurans yg mereka beli.....

oya said...

ade membe buat gaks ni..

ardinihumaira said...

teringin nak melabur :)

Anonymous said...

singgah cni

Anonymous said...

waaaaaaaaaaaaaaaaa menarik emas emas emas emas emas (mcm zaman kuno lak kn)

rasp said...

menarik nie...tapi tul tu, kena betul2 faham sebelum buat pelaburan....

sarah-najwan said...

salam..saya ada dgr mende ni..my hubby pom bizi nk jugak..

nati nk try buat...tapi salu mas ni..rega asik naik je..

tq 4 info..

Anonymous said...

waaa..memang menarik nie...sbb harga emas nie mmg x turun kan

iza said...

Salam..

Peraburan emas mmg menguntungkan...naiknya byk, turun sikit je...teringin jgk nk melabur.kalau nk melabur,kat bank mana tu?
Buat masa skrg lebih suka pakai barang kemas..hehe...

Kalamhati said...

hmm menarik gak ni..pelaburan jangka panjang..

Unknown said...

saya ada gak invest dalam Public Gold. Tapi harganya tak naik-naik selepas saya beli. This is for long term investment ok if ada duit yang tak terpakai.Hu...hu....

hans said...

yups
bagus simpan emas nih
tapi duit tak ada la
hehehe

P/S : Jom Jalan - Jalan Cari Makan Di Kedai DENAI dekat Menara UOA Bangsar

myvitrd @ Tn.Punya said...

memang tengah hangat pasal emas ni sekarang.. adik ipar aku baru je start melabur dalam emas ni.. aku modal takda so tengok2 jelah

~aSHa~ said...

menarik..

hazman aka species1980 said...

hurmmm... dah banyak saranan dan cadangan kengkawan untuk invest pasal emas nie...

Azzey : Mungkin u boleh buat post entry khas untuk beri penjelasan -sharing the knowledge together -

amirah said...

menarik juga pelaburan emas sebagai alternatif pd FD etc etc..nak mencuba juga walaupun ada pendapat org kata tk berbaloi melabur emas..

JMR said...

tingin nk melabur dlm bidang gini..tp kena fahami btol2 luh kan..

AngahSayang2314 said...

salam.... lama tak singgah sini baru kesempatan...

fuh kalau 10grm banyak gak tue kan??

berbaloi2 ke??

Aku Anak Pahang said...

Suka jugak dengor citer org boleh jadi kaya nie.

Jom Singgah "Segalanya disini suka duka sebuah kehidupan - akuanakpahang"

maslinamansor said...

banyak gak 10g... 5g pun byk gak.
tapi siapa yang ada emas banyak tue, dinasihati simpan. Buat pe tayang2... baik simpan, leh dapat duit...

izee said...

mmg betul tgk kawan pon da ceburii!!
cuma xmampu lg nak join..heheee

CIKGU NAMAN said...

untuk anak, dah ada macam² pelaburan + protection kan? tapi pastikan takaful

memang melabur emas ni menguntungkan untuk jangka masa yang panjnag

sw33tdarling.com said...

aaaa... baru dengar iklan ni kat radio... boleh bawak mak pak pi haji sekali... ehehehe tapi tak paham lagi term & condition tu...

Sharinginfoz said...

ejamaria, angah dan maslina: ianya lebih rendah daripada public bank yang mana minimum ialah 20 grams tapi maybank 5 grams aja. For me yang penting ialah berlandaskan Syariah

noorafzan: memang betul yang penting kena faham dengan risiko pelaburan

ardini: boleh yang penting kita tahu apa yang kita buat

boloque: ianya ada naik dan turun

iza: kat kuwait finance house, maybank, public bank tapi saya rasa elok ambil yang syariah compliant untuk yang beragama Islam

nisa: memang betul untuk jangka masa panjang

Relevan said...

Ramai yang dah berjaya dalam pelaburan ini..

- zuriey - said...

nampak cam berbaloi

Ahmad Hati said...

boleh gi ke maybank utk pelaburan permulaan minima sbyk 5 gram

Amanah Hartanah Bumiputera

Azlina said...

teringin jugak nl melabur emas ni..tp lum ckp ilmu lagi...

dinsblog said...

lepas ni lagi semangat nak bukak akaun emas kat kfh.

SD said...

I wish my mum give me one thousand so i can go buy the glod...pergghhhh!!!! aku ni memang berjiwa melabur tapi kena tunggu lagi la...yes!! dah last year dah jd student, lepas ni boleh la melabur puas2...