Pages

Friday, November 26, 2010

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL): Minggu ke-15

Credit: Fantasy Football: Domino's Pizza

Jom kita tengok jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk minggu yang ke-15. Kejap aja sudah 15 perlawanan dan of course sekarang saingan untuk mendahului liga semakin sengit.

Perlawanan-perlawanan yang menjadi tumpuan:
  • Arsenal (3) vs Aston Villa (13) yang akan bermain pada pukul 8.45 malam @27 November 2010. Arsenal yang menduduki tangga yang ke-3 dengan pungutan 26 mata iaitu 2 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea dan juga Manchester United . Kemenangan malam esok membolehkan Arsenal menerajui takhta liga sekurang-kurangnya bagi tempoh 2 jam.

    Arsenal akan bermain tanpa kapten, Fabregas yang mengalami kecederaan semasa bermain menentang Braga dalam Liga Juara-Juara minggu ini. Robert Pires (ex-Arsenal) bakal diturunkan pada perlawanan ini

  • Manchester United (2) vs Blackburn (11) juga ingin mendapat kemenangan bagi merasai kemanisan menduduki tangga pertama memandangkan Chelsea hanya akan bermain pada hari Ahad. Untuk rekod, Man Utd tidak pernah mengalami kekalahan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini. Wayne Rooney bakal diturunkan setelah lama berehat akibat kecederaan

  • Stoke City (8) vs Manchester City (4) menyaksikan Man City tidak menghadapi masalah untuk mendapat kemenangan setelah minggu lepas menang 4-1 ke atas Fulham

  • Newcastle (10) vs Chelsea (1) menyaksikan Newcastle perlu bangkit setelah mengalami kekalahan teruk 1-5 dengan Bolton di tempat lawan pada perlawanan yang ke-14

  • Tottenham (6) vs Liverpool (9) menyaksikan Tottenham mempunyai rekod yang baik setelah berjaya menang menentang Arsenal 3-2 dan juga menang 3-0 menentang Bremen di Liga Juara-Juara minggu ini
Kita nantikan perlawanan untuk minggu ini yang dijangka sungguh menarik.

6 comments:

Azman Roslan said...

arsenal mesti menang.. kalau tak..

KiD said...

LIVERPOOL.. HEHEEEE

icee-yah said...

tumpang tengok jadual..:)

Mata Hati said...

menanti kemenangan Mu yg seterusnya.. paling tidak pun kekalkan rekod tanpa kalah tu selama yg mungkin

velasrizal said...

injured la plak fabegas ni

Lagenda said...

makin gegak gempita la umah mak..

Dan, yg paling x tahan, makin mencanak2 la nail bil bulan ni...Isk...isk..isk!