Pages

Sunday, November 14, 2010

Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 2010/2011 (Latest EPL BPL Results): 13 November 2010

Keputusan terkini liga perdana inggeris yang berlangsung 13 November 2010:
  • Manchester United (tangga ke-2) bernasib baik dengan keputusan seri 2-2 setelah Aston Villa (tangga ke-8) mendahului dengan 2 gol pada minit 72 (penalti jaringan Ashley Young) dan minit 76 (Marc Albringhton). Walau bagaimanapun, Man Utd menyamai kedudukan pada minit 81 (Federico Macheda) dan minit 85 (Nemanja Vidic)

  • Manchester City (tangga ke-4) gagal memanfaatkan permainan di tempat sendiri dengan memperoleh keputusan seri vs Birmingham City (tangga ke-17) tanpa jaringan. Dalam permainan ini dua pemain Manchester City, Carlos Tevez (hand ball) dan Nigel De Jong (kekasaran) dilayangkan kad kuning

  • Tottenham Hotspur (tangga ke-6) berkenduri gol dengan mencatat kemenangan ke atas Blackburn Rovers (tangga ke-13) dengan 4 berbalas 2. Gol-gol Tottenham dijaringkan oleh Gareth Bale (2 gol) dan masing-masing 1 gol oleh Roman Pavlyuchenko dan Peter Crouch. Manakalah gol Rovers dijaringkan oleh Ryan Nelsen dan Gael Givet

  • Liverpool (tangga ke-10) gagal meneruskan kecemerlangan dengan kalah kepada Stoke City (tangga ke-18) dengan final score 0-2. Gol-gol Stoke adalah hasil jaringan Ricardo Fuller dan Kenwyne Jones. Pemain Liverpool Lucas dibuang padang pada minit ke-90 setelah menerima 2 kad kuning = 1 kad merah
Hari ini ada 2 games lagi yang menarik iaitu:
  • Everton vs Arsenal pada pukul 10 malam

  • Chelsea vs Sunderland 12.10 pagi (Isnin)
Sumber: keputusan (telegraph.co.uk)