PROTON bukan sahaja pengeluar kereta di Malaysia malah telah mendapat tempat kedua dalam kategori pengeluar kereta di Kejuaraan Perlumbaan Asia Pasifik (Asia Pacific Rally Championship) atau dikenali sebagai APRC.
Secara keseluruhan PROTON mendahului Subaru (tempat ke-3) dan berada di belakang Mitsubishi (tempat pertama). Kejayaan ini adalah hasil daripada kemenangan Alister McRae di tempat pertama dan Chris Atkinson di tempat kedua menggunakan Satrio Neo S2000 di APRC di China awal bulan November 2010.
Sebelum ini, PROTON telah melibatkan diri dalam sukan permotoran tetapi berehat selama 5 tahun di arena sukan perlumbaan antarabangsa. Namun setelah PROTON kembali semula, keputusan yang cemerlang telah dikecapi oleh PROTON.
Di samping melibatkan diri di APRC, PROTON juga bersaing di Intercontinental Rally Challenge (IRC) bersama-sama pengeluar antarabangsa seperti Peugeot, Skoda, Ford, Abarth Fiat, Honda, Mitsubishi dan Subaru.
Dengan kejayaan di APRC dan pembabitan di IRC, ianya secara tidak langsung dapat mempromosikan jenama PROTON di peringkat antarabangsa, sebagai contoh APRC disiarkan di 129 negara yang mempunyai jumlah penontoh mencecah 390 juta pada tahun 2009.
So sukan permotoran adalah terbukti dapat memberi pendedahan mengenai jenama PROTON di peringkat antarabangsa.
Sudah pasti PROTON akan memastikan kejayaan yang lebih baik di musim akan datang setelah mendapat kedudukan yang cemerlang pada masa sekarang.
Semangat yang ada pada pemandu, PROTON dan juga staffnya tidak kira sama ada di bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemasaran, human resource, pengurusan dan lain-lain lagi akan menaikkan lagi jenama PROTON di peringkat antarabangsa dan memastikan agar kualiti lebih baik dan dapat bersaing dengan jenama-jenama terkemuka dan akhirnya memberi kepuasan kepada pengguna.
15 comments:
:) :) :)
Selamat Hari Raya aji
power tuh proton
tahniah proton..
alhamdulillah..proton masih boleh dibanggakan..:)
salam aidiladha ya..
Bangga sungguh saya memiliki kereta berjenama proton ini..
Salam Aidil Adha Nik dan keluarga..
wah..bangga proton..hehhe
Bangganyer aku......
salam aidiladha...anyway, saya dah follow, kalau sudi follow me back k!
waaa..mamng hebat doe kalo gtu..tahniah proton..teruskan usaha anda..tabik spring getar dari Boloque
//salam aidiladha wat sume..jngan makan daging banyak2 nanti kene darah tinggi...hehehe...
mantap gak proton nih..mesti sales neo naik pasni...
mentaliti orang kita mana nak terima benda-benda ni semua...apa yg diorang tau, proton problem power window...itu je la modal nak kutuk proton pun...hahaha
apa2 pun, gua sokong proton! yeahhh!!!
Tahniah Proton!! :)
wow proton makin maju!
dorang pakai kereta pe nih eh?
cam pelik rupanya.
whoaaa.... kete Satrio Neo S2000 nampak mantap laa.... agak2 proton INSPIRA boleh beat tak yea ?
dear all: memang bangga dengan pencapaian proton di peringkat antarabangsa
wahida: thanks, saya dah melawat your blog, not bad
JMR: kalau tak silap neo ni, model yang boleh dikatakan bagus
skyone: harap ada pembaikan yang berterusan dari proton
noorafzan: kete neo
hazman: inspira tak tahu lagi kan, maybe ada potensi since guna mitsubishi platform kan
Post a Comment