Pages

Tuesday, November 9, 2010

Akaun Simpanan Emas

Semalam ada baca dalam thestar mengenai "more attracted to gold savings account". Secara ringkasnya mereka menjangka akaun simpanan emas akan menjadi lebih popular di masa akan datang disebabkan oleh kenaikan harga emas dan juga kadar faedah yang rendah. Emas juga boleh dijadikan sebagai pelindung nilai (hedging) di waktu inflasi (kenaikan harga).

Ianya boleh dijadikan alternative kepada pelaburan, yalah sebelum ini kita tahu ramai yang melabur di dalam segmen hartanah, unit trust, saham dan macam-macam lagi.

Kalau dikaji berdasarkan harga kijang emas (bank negara), from 4 Jan 2010 hingga 8 Nov 2010 bagi 1/4 oz, harga belian adalah RM917 vs RM1,099 iaitu peningkatan sebanyak 19.8% dalam tempoh 11 bulan. Tetapi itu harga belian oleh bank. Nak tahu berapa keuntungan or kenaikan sebenar ianya perlu dibandingkan harga jualan vs belian.

Dalam tempoh yang sama harga jualan pada 4 Jan 2010 adalah RM1,013 dan Belian 8 Nov 2010 adalah RM1,099 so kenaikan sebenar adalah 8.5%. So not bad kan? So kalau nak lebih untung kena beli yang 1 oz yang mana kenaikan adalah 12.6% (RM4,395 vs RM3,902).

So macam tu le lebih kurang, tetapi dalam invesment kita kena tahu tentang risiko sebelum memasuki transaksi tersebut, i.e. ianya bukan selalu naik. Berbalik pada akaun simpanan emas, maybe boleh check KFH jika berminat.

14 comments:

sahromnasrudin said...

memang baik krn ia masih baru di Malaysia..selain itu, nilainya yang konsisten juga menyebabkan rasa selamat itu lebih lagi..apapun, terpulang pada persepsi masing-masing kerana ada yang mengatakan hartanah adalah instrumen terbaik untuk melabur selain emas ini

ardinihumaira said...

bagus2.. nilai emas memang tinggi :)

yangbaik said...

bagus juga ya kalau dapat beli emas buat simpanan ... tapi kena tunggu harga emas turun sikit kot sekarang nih rasa harga emas masih tinggi lagi...
cuma lambat la nak tunggu harga emas turun..

amirah said...

mmng salah satu pelaburan alternative yg sgt berbaloi..hartanah pun depends juga pada market dan area..

myvitrd @ Tn.Punya said...

baru je minggu lepas adik aku cerita pasal pelaburan emas ni.. memang menarik kalau kit ada modal.. emas susah nak jatuh harga

~aSHa~ said...

kena study betul2 ni...

miss nina said...

good info ni. actually, risiko dalam pelaburan memang ada, jadi kena bijak memilih.

Relevan said...

Boleh buat pelaburan emas ni..

hazman aka species1980 said...

hmmmm.... tengah kumpul duit untuk beli DINAR EMAS..... ;-p

azzey said...

Sharinginfoz: nilai yg konsisten tu yg buat rasa terjamin tu....:)

sw33tdarling.com said...

uuhh banyak kena study ni..

maslinamansor said...

semalam pergi kedai emas, naik mencanak harga emas...

velasrizal said...

memang untung wat pelaburan emas ni

nur said...

macamana nak melabur dalam ni?.. mesti kena banyak modal
ALL IN ONE