Pages

Sunday, November 21, 2010

Live Lee Chong Wei vs Lin Dan: Final @Akhir Badminton Sukan Asia Guangzhou China 2010

Update: Live Lee Chong Wei vs Lin Dan: Final @Akhir Badminton Sukan Asia Guangzhou China 2010:
  • KEPUTUSAN MUKTAMAD LIN DAN MENANG 2-1 KE ATAS LEE CHONG WEI: 21-13, 15-21 DAN 21-10 DALAM MASA 80 MINIT.

  • Emas milik China setelah Lin Dan menang 21-10 dalam masa 30 minit. Lin dan membaling kedua-dua belah kasut dan baju beliau kepada penonton setelah kemenangan pada malam ini

  • LCW jatuh. LD mendahului 19-9. 2 mata lagi untuk emas bagi LD

  • Tweets:
    • Curious Ben: Badminton Finals: Lin Dan playing good aggressive game. LCW needs composure (ketenangan minda)
    • MerryLyn: I hate sports. I hate myself for loving sports. I hate Badminton. I hate Lin Dan. I like Chong Wei. I love Malaysia
    • NurMuhammad: Now I realized I'm wasting my time watching this badminton match. Ok off now I'm going out

  • Smash yang bertenaga from LD gagal diambil oleh LCW, 4-16

  • LD tukar raket dan menyerahkan raket yang sebelum ini kepada coachnya, LD 14-3 LCW

  • Macam tidak percaya LD yang diserang bertali-arus dapat menambah lagi satu mata 13-2

  • LCW gagal menambah mata, kedudukan berpihak kepada LD dengan 11-1. Tukar gelanggan untuk kesudahan perlawanan

  • Jari kelingking kanan LCW kelihatan sedikit cedera dan dibalut, kedudukan LCW 1-8 LD

  • LCW nampaknya tertekan dengan bulu tangkis gagal disempurnakan dan tak lepas net, ketinggalan 1-7

  • Serangan bertalu-talu oleh LCW dapat dipatahkan oleh LD dan akhirnya LCW tewas. LD mendahului 6-1

  • LCW berjaya mendapat mata pertama, 1-4

  • 2 minit permainan, LD mendahului dengan 4-0

  • Set 3 bermula dengan LD mendapat mata pertama apabila bulu tangkis gagal melepasi net

  • LCW menang set kedua dengan smash yang baik 21-15 dalam masa 20 minit

  • LCW 20-14 LD. Satu mata untuk menang set ni

  • Come on LCW. 19-14 berpihak pada LCW, nak 2 mata lagi. LCW minta bulu tangkis ditukar

  • LD telah hilang 4 mata berturut-turut dengan kesilapan yang tak sepatutnya, LCW 17-12 LD

  • 5 mata berturut-turut oleh LD menjadikan LCW 13-12 LD

  • Smash yang baik dari LD tidak dapat diambil oleh LCW sampaikan rebah. LCW 11-13 LD

  • Smash yang baik dari LCW tidak dapat diambil oleh LD. LCW 13-7 LD

  • LCW 11-6 LD. LD minta bulu tangkis ditukar lagi, masih cuba menenangkan emosi kerana tidak dapat mendahului lagi pada set ke-2

  • LD mengejar 5-8, LD minta bulu tangkis ditukar

  • Setelah 4 minit permainan, LCW masih mendahului 7-4. LCW banyak dapat mata di depan net

  • Set 2: LCW mendahului 3-1, harap LCW dapat bangkit

  • LD menang 21-13 ke atas LCW setalah 30 minit permainan set 1

  • LD 20-12 LCW. Dua kali keluar bahagian tepi sebelah kiri depan oleh LCW

  • 20 minit permainan, LD masih mendahului LCW 16-11. LD kelihatan lebih tenang. Lantai dilap sekali lagi, sah banyak peluh yang keluar

  • Berehat 2 minit setelah Chong Wei menghantar bulu tangkis keluar bahagian tepi untuk 2 kali berturut-turut dan lantai dilap, LCW 6-11 LD

  • Setelah 10 minit permainan nampaknya Chong Wei bangkit dengan 6 mata vs Lin Dan (9 mata)

  • Live boleh diikuti di TV2 dan juga Astro AG3 (channel 823). Kedudukan setelah 6 minit bermain Chong Wei 3-5 Lin Dan

  • 8.40: Perlawanan baru aja bermula dengan Lin Dan mendapat mata pertama

  • Chong Wei dan Lin Dan baru aja masuk gelanggan pada pukul 8.35 malam. Tengah memanaskan badan

Previous Entry
Tak sabar rasanya ingin mengetahui keputusan perlawanan akhir @final badminton di Sukan Asia Guangzhou China 2010 di antara pemain Malaysia, Lee Chong Wei vs Lin Dan (China).

Lee Chong Wei sebelum ini menang menentang pemain tuan rumah, China, Chen Jin 14-21, 21-15 dan 21-7 dalam masa 60 minit.

Lin Dan yang juga from China telah menewaskan pemain Korea Selatan, Park Sunghwan straight sets, 21-14 dan 21-10 pada perlawanan separuh.

Setakat article ini ditulis, Malaysia telah memungut 5 pingat emas di Sukan Asia Guangzhou China 2010 dan menduduki tangga ke-9 setelah Nicol Ann David dan Mohd Adzlan Iskandar memungut pingat emas di dalam sukan squash.

Perlawanan antara Lee Chong Wei vs Lin Dan dijangka akan sengit dan kekuatan mental dan pengawalan emosi sangat penting di samping pengalaman-pengalaman mereka di dalam perlawanan sebelum ini akan memisahkan antara juara dan naib juara.

Nantikan perlawanan akhir @final badminton Sukan Asia Guangzhou China 2010 pada malam ini yang akan bermula secara langsung pada pukul 8.30 malam di Astro Games 3 (channel 823).

6 comments:

velasrizal said...

50-50 la kali ni rasanya

Anna Boleyn said...

sekarang diorang dlm set ke - 3. yg set ke 2 tu rasanya lin dan saja je lah buat2 kalah sebab nak tarik masuk set ke 3. tengok dia main pon sambil lewa. chong wei nampakmacam penat. huhu

Miecyber said...

Malaysia perlukan pelapis untuk menggantikan Chong Wei...

Mohamadazhan hjDesa said...

ya, betul, malaysia xda pelapis...china 3 4 tahun sekali akan mucul seorang dua muka baru

ken said...

too bad dia tak menang :(

azzey said...

Sharinginfoz: Sempat juga tgk sekejap pertandingan ni.....Tp rasanya dia pun dh buat yg terbaik & termampu kannnnn.....