Pages

Monday, November 15, 2010

Arsenal Menang Lawan Everton; Chelsea Dimalukan Sunderland

Keputusan Liga Perdana Inggeris (14 dan 15 November 2010):
  • Everton 1-2 Arsenal

    Arsenal memperoleh 3 mata berharga setelah berjaya menumpaskan Everton di tempat lawan.

    Gol pertama Arsenal dijaringkan oleh Bacary Sagna pada minit ke-36. Pada mulanya Samir Nasri telah membuat percubaan yang cantik ke pintu gawang tapi ianya telah diselamatkan oleh penjaga gol Everton, Tim Howard. Bola yang melantun keluar telah diambil oleh Arshavin dan diberikan kepada Sagna. Sagna menendang masuk ke pintu gol.

    Seterusnya pada minit ke-48, kapten pasukan, Cesc Fabregas menambah satu lagi gol buat Arsenal. Gol tersebut adalah hasil daripada Denilson yang membuat hantaran kepada Fabregas yang mana dihantar pula kepada Chamakh dan dihantar kembali kepada Fabregas dan GOL!!!!

    Gol Everton dijaringkan oleh Cahill pada minit ke-89. Gol tersebut dihasilkan melalui tendangan sudut oleh Steven Pienaar dan ditanduk oleh Louis Saha dan disempurnakan oleh Cahill.

  • Chelsea 0-3 Sunderland

    Chelsea gagal memanfaatkan permainan di tempat sendiri setelah tewas kepada Sunderland 0-3. Dengan kekalahan ini, jurang perbezaan Chelsea selaku pendahulu liga dengan Arsenal hanyalah 2 mata.

    Sunderland mendapat 3 gol jaringan Nedum Onuoha, Asamoah Gyan dan Danny Welbeck.

    Gol pertama muncul sebelum separuh masa pertama berakhir di mana Nedum Onuoha menyepak masuk menggunakan kaki kiri. Seterusnya pada minit ke-52, Asamoah Gyan mengukuhkan kedudukan Sunderland dengan sepakan cantik ke pintu gawang sebelah kanan hasil daripada bola oleh Jordan Henderson. Gol ketiga dijaringkan oleh Danny Welbeck pada minit ke-87.
Nampaknya persaingan Liga Perdana Inggeris semakin sengit:
  1. Chelsea: 28 mata
  2. Arsenal: 26 mata
  3. Manchester United: 25 mata
  4. Manchester City: 22 mata

7 comments:

sahromnasrudin said...

salam bro..yang penting mlm td AC Milan menang lwn Inter..Ibra jaringkan gol..dia memang superb...

Sharinginfoz said...

sahrom: Salam, gol yang sangat penting bagi AC Milan hasil tendangan penalti Ibrahimovic

Azman Roslan said...

cayalah arsenal.. harap boleh teruskan rentak kemenangan..

eelobor said...

nanti buat la review malaysia lawan iran petang nanti

PinQib said...

rnking third???

PinQib said...

rnking third???

relevan said...

Arsenal \o/