Pages

Sunday, November 21, 2010

Arsenal 2-3 Tottenham: Liga Perdana Inggeris (20 November 2010)

Peluang Arsenal untuk merampas takhta Liga Perdana Inggeris from Chelsea tidak kesampaian walaupun mendahului 2-0 pada separuh masa pertama. Keputusan muktamad setelah 5 minit masa tambahan berpihak kepada pasukan pelawat Tottenham Hotspur dengan 2-3.

Gol-gol Arsenal dijaringkan oleh Samir Nasri (minit 9) dan Marouane Chamakh (minit 27). Manakala gol-gol Tottenham dijaringkan oleh Gareth Bale (50"), Rafael Van der Vaart (penalti: 67") dan Younes Kaboul (85").

Keputusan yang mengecewakan bagi peminat Arsenal. Arsenal telah kalah untuk kali ke-3 di gelanggan sendiri termasuk sebelum ini dengan Newcastle (0-1) dan West Brom (2-3). Arsenal mempunyai rekod permainan lebih baik di tempat lawan berbanding dengan di tempat sendiri.
  • Tempat sendiri (4M 0S 3K)
  • Tempat lawan (4M 2S 1K)
Arsenal kena lupakan kekalahan malam ini untuk persiapkan mental bagi perlawanan Liga Juara-Juara menentang Braga di tempat lawan pada hari Rabu pagi (24 Nov 2010).

7 comments:

ENCIK TIKUS said...

aigo~ kalah seh.. *sigh :(

velasrizal said...

sayang btol dh leading 2-0 dh td

Abu said...

banyak juga org cerita pasai liga inggeris nie arrr... liga kampung tak ader ka.. ahaks

Unknown said...

huhuhu..kembali terbuka peluang mengyu nak rampas tempat ke-2. saingan musim ni tak menentu.

hans said...

patutlah peminat arsenal menangis2 jer malam nih
heheheh

P/S : Video Dr. Rozmey Hampa Dengan Kutipan Filem 2 Alam Sangat Lucu Dan Kreatif

Azman Roslan said...

oh tidak!!!! kenapa mesti kalah.. ruginya sebab chelsea pun kalah tu.. heheh

Sharinginfoz said...

encik tikus dan velasrizal: memang tension betul, arsenal kalau main kat tempat sendiri memang tak menjadi aja

abu: alamak liga kampung, lepas musim tengkujuh rasanya

mata hati: memang sangat sengit saingan musim ini

hans: nangis........waaaaa

azman: ingatkan dapat mendahului liga, maybe next time