Pages

Monday, November 22, 2010

Komen Cerita 2 Alam

Dah tengok ke cerita 2 alam yang tengah ditayangkan sekarang? Saya belum lagi, anda bagaimana? Nak tahu juga macam mana reaksi @komen penonton cerita 2 alam oleh dr. rozmey yang sebelum ini kita tengok banyak promosi yang dijalankan terutamanya di dalam suratkhabar yang mensasarkan RM40 juta kutipan.

So search le dalam internet dan ini yang saya dapat:
  • Utusan
    • Antara 2 alam dan putar alam, begitulah tajuk tulisan utusan mengenai cerita 2 alam. "2 Alam sekadar filem biasa malah tidak keterlaluan untuk dikategorikan setaraf drama di kaca televisyen sahaja....

      Filem ini juga menyelitkan beberapa babak yang sesuai tidak sesuai untuk menjadi tontonan umum.

      Antaranya ialah adegan panas di atas katil, dalam tab mandi, dalam kereta serta pakaian Amy yang seksi."

  • Nota kosong
    • "Penuh di Facebook page Dr Rozmey dengan komen-komen dan hinaan terhadap filem 2 alam ini. Namun kesemuanya telah ‘selamat’ di-delete oleh admin page tersebut."

  • mohdnadri
    • "Masuk ke panggung, hanya ada 22 penonton (termasuk kami) daripada 140 kerusi yang tersedia. Ini menandakan filem ini LANGSUNG TIDAK mendapat sambutan penonton di panggung wayang."
  • redlinda
    • Pembukaan cerita, buat aku tertunggu-tunggu. bukan tertunggu-tunggu dalam erti kata saspens. tapi macam “bila laaa nak keluar muka pelakonnya ni…” sebab awal-awal tu aku rasa macam tengok tayangan slide nota kuliah subjek Pendidikan Islam zaman study dulu. haha berlatar belakang hitam dan bertulisan putih…

    • Dengar-dengar kata orang ramai, filem ni harapkan babak ‘panas’ a.k.a aksi di ranjang je yang buat orang beria nak tengok! malangnya, tak berapa nak ghairah la pulak. hissshh! tak best tau! Macam filem ‘Jalang’ lah. harapkan tajuk filem je JALANG! tapi plot cerita tak jalang langsung! macam haram ada laaa!

  • anakperak
    • Cerita ini bercorak keagamaan. Cerita ala-ala drama televisyen bila waktu puasa. Cerita ini tidak seteruk mana seperti yang telah digembar gemburkan oleh wartawan sebelum ini. Golongan yang kritik cerita ini adalah terdiri dari

      • Panas badan tengok cerita berunsur agama.
      • Tergolong dalam kumpulan lelaki lembut.
      • Anti dengan filem melayu.
      • Anti filem bercorak keagamaan
Begitulah sedikit sebanyak komen yang saya dapat from internet. Apa-apa pun, boleh menonton dengan mata sendiri untuk mengetahui kesahihah komen-komen ini.

23 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Sbanranyer takdelah sehebat mane. Macam biase2 je. Gempak je lebih. Nasib baik tak tgk lagi. Kalo tak membazir je duit aku...

Azman Roslan said...

rasanya filem tu nak dapat sejuta pun payah..

Eliss said...

tak sempat tengok lagi..tunggu cd ajer lah :) skang dah berapa juta yer :)

sahromnasrudin said...

salam..aku tak tgk citer nie..aku tgk alamak je hehehehe

Relevan said...

Belum tengok lagi dah tau isi cerita ni..

Myvitrd said...

kesian.. DR tu..filem tak laku... takpe next time cuba buat filem yang orang suka ye..

Sumijelly said...

mampu kah dia?? huhuhu
kalu tak mampu, ramai akan mencemuh..
"ini lah dia bangsa melayu yang riak" adoiiiii

Sumijelly.com

velasrizal said...

tak sanggup buang duit tonton film ni bila dgr komen negatif suma ni

rasp said...

lum tengok....no komen!

eelobor said...

hehehe, termasuklah aku yang mengomen pasal filem nie tapi tak pernah tengok dengan mata sendiri. cuma jika di baca komen2 org lain, adalah lebih baik tidak pegi tengok

eiela said...

tak tengok lagi, tapi banyak baca dari blog kata tak best. ramai yang tengok harry potter.

Latest Entri :
Punca Kanser Payudara Lelaki dan Perempuan

yanamib said...

rsnya skrg org sebok nk tau brapa juta dah kutipan yg dr rozmey dpt..instead of ty jln ceritanya...hihi~

papepon sy tggu kuar tv je lah..aci tak? =P

HAZRIL HAFIZ said...

hihi no komen pasal tak nengok g...

dah link ur blog dalam bloglist =)

Kancilbiru said...

biasalah dr ni kecoh ja lebih...tapi rasa macam nk tgk jugak la...hahahaha

Lagenda said...

mak x sempat tgk lg citer ni..tp rasa2nya mmg x higgin tgk pon!

maslinamansor said...

bila nak buat filem, pastikan bergurukan dengan orang filem yang berpengalaman.

Target janganlah tinggi sangat, bila dah tak sampai target... bikin malu jer nanti

syamim said...

aku suke cite melayu.. sume cite melayu aku tgk.. aku nak tgk gak cite ni.. tapi bile produsernye angkuh nak mampus... trus aku batalkan niat aku nak tgk... dan mugkin aku xkan tgk 2 alam sampai bile2...

Anne said...

hmmm begitu sekali komen fsl filem ni ye.

azzey said...

Sharinginfoz; Saya dh lama nak tonton filem ni, tp komen2 negatif tu buat jd sentap plak. Apa2 pun lbh baik kita tonton & nilai sendiri kan....

Anonymous said...

gile panas komen2 ko tok filem ni pe2 pon AKU SONGKONG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hahahahahhahahaha

Jejaka Terhangat said...

wahhh.nice...=)

ProfHariz said...

Mampu ke rm40 juta? Ke 40juta rupiah?

http://profhariz.com

hazman aka species1980 said...

Takpe... DR tu boleh la belajar melalui kesilapan dan kesalahan.... ;-p