Pages

Thursday, November 4, 2010

Down Payment Naik Kepada 30% Untuk Beli Rumah Yang Ke-3

Mengikut Bank Negara Malaysia, kepada yang ingin membeli rumah yang ke-3 dan seterusnya perlu mengemukakan deposit sebanyak 30% manakala selebihnya adalah pinjaman daripada bank. Ianya berkuatkuasa serta-merta. Sebelum ini deposit adalah sebanyak 10%.

Mengikut Bank Negara:

"Pelaksanaan nisbah loan-to-value (LTV) yang disasarkan untuk pembelian rumah ketiga ini dijangka dapat mengurangkan aktiviti pelaburan yang berlebihan serta kegiatan spekulatif dalam pasaran harta kediaman yang telah mengakibatkan peningkatan yang lebih tinggi daripada kenaikan harga purata di lokasi berkenaan."

Saya berpendapat ianya satu langkah sangat baik bagi mengelakkan orang terus membuat spekulasi ke atas harga rumah dan kita boleh perhatikan sekarang ini yang, harga rumah naik mendadak di sesetengah kawasan terutamanya di Kuala Lumpur. Maklumlah mereka hanya perlu keluarkan 10% aja daripada harga rumah then bila dah siap mereka menjualnya.

Bagi yang betul-betul ingin membeli rumah untuk tujuan kediaman, menghadapi masalah disebabkan harga terlalu tinggi. Apa pandangan semua mengenai langkah Bank Negara ini?

7 comments:

azimask said...

salam..

kalau rumah yang ke 4..? kekekekekee..... :D

Relevan said...

Elok juga ...ini untuk beli rumah ke 3 saja kan?..

Orang kaya raya tentu mampu..

myvitrd @tn.punya said...

aku baru nak beli rumah 1st pon tak lepas lagi loan ni.. huhu

Unknown said...

ok la...bg la peluang mereka yang pertama kali...

abang ensem said...

Nampak gayanya terpaksa la aku retired.. huhuhu

Anna Da Lady said...

Hmm....benda ni memang subjektif...tapi, kalau dah beli smapi rumah ke-3 tu, memang selalunya orang yang 'terlebih' kemampuan je buat..sbb itu satu pelaburan bagi mereka...

Matjoe said...

kita kumpul that 30% baru beli. perosnally i think it's a good move!!