Pages

Tuesday, November 30, 2010

Amanah Hartanah Bumiputera

Pernah dengar tak mengenai Amanah Hartanah Bumiputera? Yang ni sepertimana pembentangan bajet 2011. Hari ini PM baru saja melancarkan Amanah Hartanah Bumiputera yang mana pelaburan dibuka kepada Bumiputera yang berumur 3 bulan ke atas dengan pelaburan minima RM500.

Dana pelaburan amanah ini bersaiz RM1 bilion yang membolehkan pelabur Bumiputera menyertai pemilikan berbaloi aset hartanah.

Sedikit sebanyak mengenai Amanah Hartanah Bumiputera:
  • Berlandaskan Islam / Shariah
  • RM1 unit dan harganya tetap
  • Pelaburan minimum RM500 dan tambahan RM100 dan maksima RM200,000
  • Jangkaan pulangan tidak kurang 6%
  • Jika berminat untuk melabur dalam skim ini boleh kunjungi cawangan Maybank di seluruh Malaysia
Untuk makluman lanjut boleh baca:
  • Maybank: Amanah Hartanah Bumiputera (AMB)
  • Bernama: PHB Lancar Amanah Hartanah Bumiputera Bersaiz RM1 Bilion
  • Berita Harian: Skim AHB beri peluang Bumiputera nikmati kekayaan negara adil, saksama: PM
  • Utusan: AHB beri peluang Bumiputera nikmati kekayaan negara: PM

24 comments:

Anonymous said...

kalau berlandaskan Islam memang mantap dan terbaik...tidak membebankan..

Akhirnya Aku Cashout Earning Nuffnang Yang Banyak K

hans said...

owh
berlandaskan Islam ker
bagus lah tu

P/S : Nak Ambil Aku Kau Lupa! Bila Tiba Bab Duit Cepat Pula Kau Ingat! Hahahaha!

sahromnasrudin said...

semoga kita ambil peluang ini

Anonymous said...

org bukan Islam tak boleh labur heh... rugi lah aq

iza said...

Salam..

Owh, ada ke? lepas ni blh la cuba. tinggi jgk % tu...

ardinihumaira said...

bagus juga ni... :)

Anonymous said...

pluang yg baik...mgkin kta xnmpk skarang..akn dtg byk manfaatnya..biar kta yg pertama bkn trakhir.insyaallah

amirah said...

kena amik peluang ni

fairus said...

Bagus ni.. malam tadi dah kuar berita ni.. Aku dengan org umah dah setuju nak join benda ni.. Untung2, KLCC nanti jadi milik aku.. :)

azzey said...

Sharinginfoz: bagus ni! ramai yg mampu dgn 500 je

Sharinginfoz said...

Boloque dan hans: itulah yang kita nanti-nantikan. memang mengikut Islam dan mempunyai penasihat shariah

sahrom, ardini, amirah, fairus dan anon: jangan lepaskan peluang

anon: ianya untuk Bumiputera termasuk sabah dan sarawak

iza: itu indicative dividend, yang sebenarnya kena tunggu. Pembahagian dividen 2 kali setahun

azzey: memang betul

menara said...

<a href="http://hartanahbumiputera.blogspot.com><b>Sikm Amanah Hartanah Bumiputera</b></a> really appreciate your kind words & visit!

Anonymous said...

Skim Amanah Hartanah Bumiputera really appreciate your kind words & visit!

siti.reborn@gmail.com said...

peluang yang baik apatah lagi berlandaskan syariah...

nur said...

umur lebih 3 bulan?.. maksudnya.. bay umur 3 bulan dah boleh melabur ke?
ALL IN ONE

Sharinginfoz said...

menara: wow ada blog tersendiri ya, bagus

nur: anak2 boleh juga buka tapi of course dibuka bersama dengan penjaga

Blue Cube said...

Kitorang pun tgh discuss pasal AHB ni kat sini:

http://www.bicarajutawan.com/forum/t33000/

Jom la join...

Ahmad Hati said...

Aku nk bgthu...
ak dh invest pg td

etomyam said...

Elok ni kalau dapat disertai

ninie said...

Err... sebelum semua terlalu teruja untuk menyertai.. pastikan baca prospectus. tengok hartanah mana yang derang list untuk dilaburkan.. klcc takde dlm ni.

Myvitrd said...

wah ada peluang melabur ni.. biasanya tahun pertama sampai ke 5 dividen masyuk.. insyaallah ada modal boleh cuba ni..

Unknown said...

salam semua...
juz nk brkongsi ttg pelaburan hartanah syariah ni,apa yg menghairankan sy sekiranya AHB ini brlandaskan syariah knapa harganya tetap rm1?? kedua...knapa pulangannya mcm dijanjikan xkurang dri 6%?? mn ada istilah tetap dlm pelaburan islam...konfius2.

Sharinginfoz said...

nik nisa: yang tak kurang 6% adalah indicative dan performance sebenarnya berdasarkan keuntungan sebenar. Memang pelik juga harga tetap since kalau perniagaan tu lagi bagus harganya sepatutnya naik

Nabil Hilman said...

salam, saya ni baru 18 tahun, jadi saya x ade bnyk pngetahuan tentang investment ni, saya nak minta nasihat tentang AHB ni. siapa2 yang berkelapangan sila emailkan ke nabilhilman@gmail.com