Pages

Saturday, November 27, 2010

Keputusan Live Terkini Arsenal 4-2 Aston Villa: Liga Perdana Inggeris 27 November 2010

Keputusan Live Terkini Arsenal vs Aston Villa: Liga Perdana Inggeris 27 November 2010:
  • KEPUTUSAN MUKTAMAD ARSENAL 4-2 ASTON VILLA. Arsenal berjaya melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris buat kali pertama musim ini (at least untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 jam)

  • Cukup lama masa 4 minit ni buat pemain dan penonton Arsenal. Akhirnya Jack Wilshere menjaringkan gol pertama ever beliau untuk Arsenal. Pertukaran yang ke-3 oleh Arsenal di mana Rosicky dibawa keluar dan Djourou dibawa masuk

  • 4 minit masa tambahan. Arsenal sedang membuat serangan. Arsenal kena make sure no more gol from pihak lawan

  • 85": Pertukaran dibuat
    Arsenal: Nasri dan Arshavin dikeluarkan. Gibbs dan Denilson dibawa masuk
    Villa: Herd menggantikan Bannan

  • Nampaknya Arsenal ingin membuat pertukaran. Ada 7 minit lagi. Bola diselamatkan oleh Fabianski dengan pelukan yang kemas

  • 10 minit sebelum wisel penamat dibunyikan. Sungguh berdebar-debar terutamanya serangan demi serangan oleh Villa

  • 15 minit lagi sebelum tamatnya permainan. Arsenal mencari gol yang ke 4 untuk memastikan 3 mata dibawa balik

  • 70": Clark menjaringkan gol kedua untuk Villa hasil hantaran daripada Dunne yang diperoleh from corner kick

  • 69": Salah faham antara pemain pertahanan Arsenal dan penjaga gol, Villa mendapat tendangan sudut kerana bola dikeluarkan oleh Koscielny

  • 67": Arsenal bernasib baik kerana tendangan Clark sedikit tersasar. Nampak gayanya Villa menggandakan serangan

  • Arsenal bermain dengan cukup tenang malam ini dengan pengawalan bola yang baik dan tidak tergesa-gesa. Di harap rentak ini berkekalan

  • 54": Chamakh berjaya meloloskan diri dari perangkap ofsaid dengan menjaringkan gol untuk Arsenal hasil hantaran Rosicky

  • 51": Clark menjaringkan gol pertama buat Aston Villa dengan mendada dan seterusnya membuat tendangan yang cantik. Fabianski tidak nampak bola kerana pemain Villa, Carew berada di hadapannya

  • Separuh masa kedua baru sahaja bermula

  • Separuh masa pertama tamat dengan Arsenal 2-0 Aston Villa

  • 44": Nasri menjaringkan gol kedua buat Arsenal dengan tendangan yang kuat hasil penerimaan tendangan sudut. Arsenal kena kekalkan momentum agar tidak mengulangi kejadian seperti lawan Tottenham yang mana Arsenal kalah 2-3 walaupun mendahului 2-0 pada separuh masa pertama

  • 43": Tandukan Chamakh berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Villa

  • 38": Akhirnya Arsenal mendapat satu gol hasil larian yang sangat laju oleh Arshavin. Gol pertama Arshavin di dalam 10 permainan beliau

  • 35 minit permainan masih menampakkan penguasaan Arsenal tetapi sayang gol masih belum kelihatan walaupun serangan sangat kerap dilakukan ke atas Villa

  • 24": Pecubaan Young gagal disempurnakan setelah sepakannya melepasi jaring walaupun mempunyai peluang yang sangat baik

  • 20 minit permainan menyaksikan pengusaan bola Arsenal 62% Villa 38%

  • 16": Sepakan Arshavin berjaya ditahan oleh pemain pertahanan Villa dan tendangan sudut oleh Arsenal tidak membuahkan hasil

  • 12 minit menyaksikan Arsenal telah membuat 4 cubaan berbanding Aston Villa 0, terbaru tendangan leret Rosicky berjaya dipatahkan oleh penjaga gol Aston Villa, Friedel

  • Setelah 5 minit berlalu, kelihatan Arsenal banyak melancarkan serangan-serangan yang berbahaya terutamanya oleh Chamakh dan Rosicky. Kalau le ini permainan Arsenal, kemungkinan besar Arsenal boleh mendapat kemenangan

  • Perlawanan baru sahaja dimulakan:
    • Arsenal: Fabianski, Sagna, Squillaci, Koscielny, Clichy, Rosicky, Song, Wilshere, Nasri, Chamakh, Arshavin. Subs: Szczesny, van Persie, Walcott, Denilson, Djourou, Gibbs, Bendtner
    • Aston Villa: Friedel, Luke Young, Dunne, Collins, Warnock, Ashley Young, Clark, Bannan, Downing, Pires, Carew. Subs: Guzan, Ireland, Delfouneso, Beye, Hogg, Lichaj, Herd
Previous Entry
Perlawanan antara Arsenal vs Aston Villa hari ini, 27 November 2010 akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN channel 812 pada pukul 8.45 malam (waktu Malaysia). Arsenal memerlukan kemenangan pada malam ini bagi membolehkan Arsenal menduduki tangga teratas liga perdana Inggeris sekurang-kurangnya untuk 2 jam sebelum Manchester menentang Blackburn pada pukul 11 malam nanti.

Perlawanan malam ini akan berlangsung di Villa Park. Arsenal mempunyai rekod yang baik bermain di gelanggan lawan (4-2-1) berbanding di tempat sendiri (4-0-3).

Keputusan secara live terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

2 comments:

Hunny said...

rumah i tak ada channel tu..

Azman Roslan said...

harap-harap menang la..