Pages

Wednesday, November 24, 2010

Keputusan Terkini Liga Juara-Juara Eropah UEFA: 24 November 2010


KEPUTUSAN TERKINI LIGA UEFA JUARA-JUARA EROPAH (9 DISEMBER 2010)

KEPUTUSAN TERKINI LIGA UEFA JUARA-JUARA EROPAH (25 NOVEMBER 2010)

Inilah keputusan terkini liga juara-juara eropah UEFA yang berlangsung pagi tadi, 24 November 2010 bagi kumpulan E to H:
  • Marseille menumpaskan Spartak Moskva dengan 3-0 di gelanggan lawan hasil jaringan Valbuena, Remy dan Brandao. Dengan kemenangan ini, Marseille boleh dikatakan telah mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya walaupun masih berbaki satu perlawanan menentang pendahulu kumpulan F, Chelsea. Jika Marseille kalah dan Spartak menang menentang Zilna, kelebihan perbezaan gol masih berpihak kepada Marseille. Marseille (+8 gol) dan Spartak (-4 gol)

  • Roma menang 3-2 ke atas pendahulu Kumpulan E, Bayern Munich walaupun Bayern mendahulu 2-0 pada separuh masa pertama. Gol-gol Roma dijaringkan oleh Boriello, De Rossi dan Totti (penalti) manakala 2 gol Bayern dijaringkan oleh Gomez. Roma memerlukan at least keputusan seri di dalam perlawanan akan datang menentang CFR Cluj bagi melayakkan ke pusingan 16 pasukan

  • Ajax tumpas di tempat sendiri dengan 0-4 lawan Real Madrid. Real Madrid bermain dengan cemerlang di mana Benzema (dikhabarkan akan berpindah ke Tottenham Hotspur Januari tahun depan), Arbeloa dan Christiano Ronaldo (menjaringkan 2 gol termasuk satu penalti) menjaringkan gol. Dengan keputusan ini, Real Madrid dan AC Milan sudah layak ke pusingan seterusnya bagi Kumpulan G

  • AC Milan mengalahkan Auxerre dengan 2-0 di tempat lawan hasil gol oleh Ibrahimovic dan Ronaldinho

  • Chelsea meneruskan rekod dengan mendapat satu kemenangan lagi dan mengumpul 15 mata penuh dari 5 perlawanan dengan kali ini menewaskan Zilina 2-1. Gol-gol Chelsea dihasilkan oleh Sturridge dan Malouda manakala Zilina pula dijaringkan oleh Bello

  • Arsenal kalah kepada Braga dengan 0-2. Matheus menjadi wira Braga dengan menjaringkan 2 gol pada 10 minit terakhir (83 dan 93). Arsenal bermain dengan 10 orang pada 80 minit ke atas kerana Eboue telah mengalami kecederaan dan Arsenal telah melakukan ketiga-tiga pertukaran sebelum ini: Minit 69 (Fabregas out Samir Nasri in), minit 74 (Bendtner out Chamakh in) dan minit 77 (Walcott out Vela in).

    Dengan keputusan ini, Arsenal berada di tempat kedua Kumpulan H berkongsi mata dengan Braga. Arsenal masih lagi mempunyai peluang untuk ke pusingan 16 pasukan jika menang pada perlawanan akan datang menentang Partizan di the Emirates pada 8 Disember nanti. Jika Arsenal kalah dan Braga juga kalah kepada Shakhtar or Arsenal seri Braga seri, Arsenal masih lagi layak. Kita tunggu perlawanan yang akhir peringkat kumpulan nanti.
Sumber: Uefa

10 comments:

miss nina said...

yes..real madrid menang. team fav saya tu :)

galacticos ramai sangat star. karim bemzema pun dah tak banyak turun, eloklah pindah je.

Azman Roslan said...

arsenal kalah lagi??? waaa.. bengongnya..

Anonymous said...

waa...real madrid menganjing lagi..

zuar said...

arsenal ohh arsenal..kalah lg..hehehe

amirah said...

nasib bek real menang..arsenal kalah?huahuahua

Anonymous said...

kesilapan taktikal arsenal..
JOM BACE ENTRY BARU
"1.Dr Rozmey idola hatiku"

"2.Kelebihan Ayat Ruqyah"

myvitrd @ Tn.Punya said...

rumah takda astro..so tak dapat layan bola ni.. huhu

sahromnasrudin said...

Milan memang stunning..serie A pun dia lead dengan 3 mata..forza Milan

velasrizal said...

adeh kalah lak arsenal

Relevan said...

Ha ha arsenal :(