
Secara ringkasnya sinopsis untuk filem "Harry Potter and the Deathly Hallows: Bahagian I":
- Harry Potter (Daniel Radcliffe) dan sahabat baiknya, Ron Weasley (Rupert Grint) dan Hermione Granger (Emma Watson) mempunyai misi pencarian artifak, Horcruxes dan memusnahkannya sebelum ianya dijumpai oleh Voldemort. Jika tidak kuasa Voldemort akan bertambah kuat. Sebelum ini dua daripada artifak telah pun dimusnahkan iaitu diari kepunyaan Tom Riddle dan juga cincin Marvolo Gaunt
- Mereka bertiga perlu bergantung antara satu sama lain dan semasa pencarian artifak tersebut, persahabatan antara Harry dan Ron menjadi tegang dan ianya merumitkan lagi keadaan
- Di samping itu, Voldemort juga menyusun pengikut-pengikutnya untuk mengalahkan Harry Potter. Peranan Severus Snape sebagai pembantu Voldemort di dalam cerita ini semakin terserlah. Tetapi Voldemort tidak dapat membunuh Harry dengan menggunakan tongkat saktinya (wand)



Semasa di tempat persembunyian, Harry, Ron dan Hermione telah menerima pemberian "wasiat" daripada Albus Dumbledore. Pemberian tersebut boleh membantu mereka di dalam misi pencarian artifak tetapi pedang Godris Gryffindor yang sepatutnya dimiliki oleh Harry telah dicuri.


Banyak dugaan yang mereka tempuh tetapi Ron kembali semula. Apakah yang menyebabkan Ron kembali semula dan bagaimanakah Ron dapat mencari mereka?



Komen:
- Secara keseluruhan cerita ini sungguh menarik walaupun bukan seperti sebelum ini yang mana kisah berlaku di Hogwart, mereka mempelajari magik
- Di pertengahan cerita terdapat beberapa babak yang boleh dikatakan membosankan tapi ianya hanya beberapa minit
- Good thing ialah terdapat juga dialog-dialog yang membuatkan kita ketawa terutamanya oleh Ron
- Sound effect pun boleh tahan semasa pertempuran kedua-dua pihak. Inilah kekuatan cerita ini yang membuatkan kita teruja
- Watak 3 orang sahabat yang ditekankan dan maybe sesetengah orang tidak berapa suka kerana kurang pembabitan orang lain
- Overall, peminat setia tidak sabar menunggu kemunculan tayangan ini di panggung wayang dan tidak dinafikan kemungkinan orang yang tidak pernah tengok cerita Harry Potter akan suka dengan cerita ini
- Ratingnya saya bagi antara 7.8 to 8.2 out of 10.
27 comments:
cerita yang best.. tapi aku bukanlah peminat cite ni sangat.. heheh..
oh makin tak sabar nak tengok bila baca sinopsis dan review ni. thanx for sharing bro. :)
bro nik,saya rasa menarik juga tapi betul kan kalau watak nya agak terhad, agak bosan jugak
salam..alamak bukan kaki wayang la huhuhuh
bestnya da tgk..sy tgk jumaat ni x sbr
Expecto Patronum!!! hahahaaaaaa...
gue tak pernah miss tgk citer nih.. cepat or lambat jer.. hehehe
menarik ni.aku selalu tengok citer ni bila orang dah tak ingat citer tu :p terlepas bas :p
teringin dni nak tengok :)
woohh untung dpt tngok awal.
kene tengokkk
tapi tak tau la dapat tengok ke tak
banyak benda.... huhu
aku kumpul duit semata2 nak tgok filem nih time cuti sem
hahahaha
P/S : Nuffnang Evangelist :- Aku Sudah Pilih Maxis
mesti mau tengok...
lum pernah miss pun...
me ssh nk p tgk wayang skang nih...
dak kecik xtau nk letak mana..huhu
kalau la boleh kumpul cerita ni dari eposed satu sampai last....
woohaaa!!!teruja pulop nak tgk citer nih....da baca review dri bro..:)
kene tgk ni..mcm best
confirm aku akan tgk di panggung...hehe
Sharinginfoz: jln cerita yg penuh dgn suspen ye? Mcm best je.....
dah plan nak tgk cite ni, tp blum set exact date. ish, tak sabar tak sabar.
Minat sangat dengan cerita ni..kena tengok juga..
Puas hati kan bile dapat tengok citer yang ditunggu-tunggu peminat HARRY PORTER in advance.... apapun review yang bagus.... buat aku tak sabar nak tengokkk.... ;-p
mulai tak sabar >.<
sinopsis je dah panjang..confirm cite 2-3 jam ni..
best! tak sabar nak tengok hari khamis nih..yeayy!!
dah lama x follow harry potter ni
peminat tegar harry potter mesti suka entri ni :)
pernah baca novel hp sekali, menonton cerita hp sekali dua tapi tak pernah habis :P
aku dah layan kesemua siri yg lepas..memang x sabar la nak layan yang nie lak..ber part part lak tue..tpi sedih sbb akhirnya abis gak citer nie kn..
Post a Comment