Pages

Tuesday, November 16, 2010

Harry Potter and the Deathly Hallows 7 Bahagian I): Sinopsis & Review

Filem Harry Potter and the Deathly Hallows (Bahagian I) adalah filem yang ke-7 @terakhir di dalam siri Harry Potter. Filem Harry Potter diadaptasi dari novel tulisan J.K. Rowling. Dalam siri yang ke-7 ini ianya dibahagikan kepada dua, iaitu Part I akan menemui peminat pada 18 November 2010 nanti dan Part II akan dapat ditonton pada 14 Julai 2011.

Secara ringkasnya sinopsis untuk filem "Harry Potter and the Deathly Hallows: Bahagian I":
  • Harry Potter (Daniel Radcliffe) dan sahabat baiknya, Ron Weasley (Rupert Grint) dan Hermione Granger (Emma Watson) mempunyai misi pencarian artifak, Horcruxes dan memusnahkannya sebelum ianya dijumpai oleh Voldemort. Jika tidak kuasa Voldemort akan bertambah kuat. Sebelum ini dua daripada artifak telah pun dimusnahkan iaitu diari kepunyaan Tom Riddle dan juga cincin Marvolo Gaunt

  • Mereka bertiga perlu bergantung antara satu sama lain dan semasa pencarian artifak tersebut, persahabatan antara Harry dan Ron menjadi tegang dan ianya merumitkan lagi keadaan

  • Di samping itu, Voldemort juga menyusun pengikut-pengikutnya untuk mengalahkan Harry Potter. Peranan Severus Snape sebagai pembantu Voldemort di dalam cerita ini semakin terserlah. Tetapi Voldemort tidak dapat membunuh Harry dengan menggunakan tongkat saktinya (wand)

Di babak permulaan kelihatan Harry Potter dan sahabat-sahabat setianya berkumpul dan mereka perlu lari ke tempat yang selamat. Kawan-kawannya bersepakat untuk menyamar dengan meminum "potion" bagi menggaburi mata pihak Voldemort

Voldemort sedang menyusun pengikut-pengikutnya untuk mengalahkan Harry Potter.

Dalam proses pemindahan ke tempat yang selamat, seorang daripada orang yang Harry sayangi telah dibunuh. Adakah Rubeus Hagrid orangnya? Pada saat Harry tahu kematian tersebut, dia rasa sungguh sedih dan menyalahkan dirinya di atas apa yang berlaku.

Semasa di tempat persembunyian, Harry, Ron dan Hermione telah menerima pemberian "wasiat" daripada Albus Dumbledore. Pemberian tersebut boleh membantu mereka di dalam misi pencarian artifak tetapi pedang Godris Gryffindor yang sepatutnya dimiliki oleh Harry telah dicuri.

Semasa di tempat persembunyian itu, majlis perkahwinan kawan Harry diadakan tetapi entah macam mana pengikut Voldemort telah mengesan mereka dan majlis perkahwinan tersebut menjadi kucar-kacir. Lalu, Harry, Ron dan Hermione berjaya melarikan diri.

Bermulalah kisah pergembaraan mereka bertiga. Berlaku pertengkaran di antara Harry dan Ron oleh kerana hubungan Harry dan Hermione semakin rapat pada pandangan Ron. Lalu, Ron bertindak melarikan diri dan membiarkan mereka berdua meneruskan pencarian tanpa dibantu oleh pihak lain.

Banyak dugaan yang mereka tempuh tetapi Ron kembali semula. Apakah yang menyebabkan Ron kembali semula dan bagaimanakah Ron dapat mencari mereka?

Semasa ketiadaan Ron, Harry dan Hermione balik ke tempat asal di mana Harry dilahirkan dan kedua ibu-bapanya dibunuh. Mengapakah Harry beria-ria hendak melawat tempat tersebut sedangkan tempat itu sangat merbahaya?

Berbalik pada kisah Ron kembali semula, tak disangka-sangka mereka bertiga dikejar oleh pengikut Voldemort dan akhirnya ditangkap, macam manakah mereka melepaskan diri? Yang nyata semasa melarikan diri seorang lagi telah dibunuh, siapakah dia? Nantikan..........

Di akhir cerita ini, Voldemort telah berjaya memperoleh salah satu daripada artifak, tongkat sakti (wand) dan apakah kesudahan siri terakhir ini? Kita tunggu bulan Julai 2011.

Komen:
  • Secara keseluruhan cerita ini sungguh menarik walaupun bukan seperti sebelum ini yang mana kisah berlaku di Hogwart, mereka mempelajari magik

  • Di pertengahan cerita terdapat beberapa babak yang boleh dikatakan membosankan tapi ianya hanya beberapa minit

  • Good thing ialah terdapat juga dialog-dialog yang membuatkan kita ketawa terutamanya oleh Ron

  • Sound effect pun boleh tahan semasa pertempuran kedua-dua pihak. Inilah kekuatan cerita ini yang membuatkan kita teruja

  • Watak 3 orang sahabat yang ditekankan dan maybe sesetengah orang tidak berapa suka kerana kurang pembabitan orang lain

  • Overall, peminat setia tidak sabar menunggu kemunculan tayangan ini di panggung wayang dan tidak dinafikan kemungkinan orang yang tidak pernah tengok cerita Harry Potter akan suka dengan cerita ini

  • Ratingnya saya bagi antara 7.8 to 8.2 out of 10.

27 comments:

Azman Roslan said...

cerita yang best.. tapi aku bukanlah peminat cite ni sangat.. heheh..

Anna Boleyn said...

oh makin tak sabar nak tengok bila baca sinopsis dan review ni. thanx for sharing bro. :)

amirah said...

bro nik,saya rasa menarik juga tapi betul kan kalau watak nya agak terhad, agak bosan jugak

sahromnasrudin said...

salam..alamak bukan kaki wayang la huhuhuh

oya said...

bestnya da tgk..sy tgk jumaat ni x sbr

Geng Borak said...

Expecto Patronum!!! hahahaaaaaa...
gue tak pernah miss tgk citer nih.. cepat or lambat jer.. hehehe

Eliss said...

menarik ni.aku selalu tengok citer ni bila orang dah tak ingat citer tu :p terlepas bas :p

ardinihumaira said...

teringin dni nak tengok :)

Adziim said...

woohh untung dpt tngok awal.

shah said...

kene tengokkk
tapi tak tau la dapat tengok ke tak
banyak benda.... huhu

hans said...

aku kumpul duit semata2 nak tgok filem nih time cuti sem
hahahaha

P/S : Nuffnang Evangelist :- Aku Sudah Pilih Maxis

rasp said...

mesti mau tengok...
lum pernah miss pun...

Unknown said...

me ssh nk p tgk wayang skang nih...
dak kecik xtau nk letak mana..huhu

Alimaz-Kembara Terasing said...

kalau la boleh kumpul cerita ni dari eposed satu sampai last....

Yutaka Mushimura said...

woohaaa!!!teruja pulop nak tgk citer nih....da baca review dri bro..:)

velasrizal said...

kene tgk ni..mcm best

Sky0ne said...

confirm aku akan tgk di panggung...hehe

azzey said...

Sharinginfoz: jln cerita yg penuh dgn suspen ye? Mcm best je.....

Herbalife Coach Fatin Syahirah said...

dah plan nak tgk cite ni, tp blum set exact date. ish, tak sabar tak sabar.

Relevan said...

Minat sangat dengan cerita ni..kena tengok juga..

hazman aka species1980 said...

Puas hati kan bile dapat tengok citer yang ditunggu-tunggu peminat HARRY PORTER in advance.... apapun review yang bagus.... buat aku tak sabar nak tengokkk.... ;-p

scyasha said...

mulai tak sabar >.<

waveX said...

sinopsis je dah panjang..confirm cite 2-3 jam ni..

Hafidzah Hafidz said...

best! tak sabar nak tengok hari khamis nih..yeayy!!

Yatre Hayati said...

dah lama x follow harry potter ni

miss nina said...

peminat tegar harry potter mesti suka entri ni :)
pernah baca novel hp sekali, menonton cerita hp sekali dua tapi tak pernah habis :P

Anonymous said...

aku dah layan kesemua siri yg lepas..memang x sabar la nak layan yang nie lak..ber part part lak tue..tpi sedih sbb akhirnya abis gak citer nie kn..