Kedudukan terkini Malaysia vs Jepun:
- Keputusan muktamad perlawanan MALAYSIA 0-2 JEPUN
- Selepas hampir 80 minit permainan, kelihatan Malaysia menghadapi kesukaran untuk menjaringkan gol pertama.
- Jepun menambah satu lagi jaringan hasil daripada free header, Yamaguchi pada minit ke-63. Pada separuh masa kedua, cukup jelas Jepun menguasai permainan dengan serangan yang bertali-arus [Malaysia 0-2 Jepun]
- Separuh masa pertama: Malaysia 0-1 Jepun
Separuh masa pertama
Pada separuh masa pertama banyak serangan dilakukan oleh Jepun dan gol dijaringkan oleh Jepun seawal minit ke 25 setelah permain pertahanan Malaysia gagal clear bola dengan baik dan hasilnya tendangan Nagai telah membuahkan hasil.
Kredit perlu diberi kepada penjaga gol Malaysia @Kelantan, Khairul Fahmi yang banyak menyelamatkan bola dari dibolosi. Saya berpendapat satu-satunya serangan oleh Malaysia adalah pada minit ke-45 oleh Izzaq Faris (berasal from Terengganu) bermain untuk Harimau Muda A.
Secara keseluruhan untuk separuh masa pertama, Malaysia banyak menguasai bola tetapi cepat kehilangan dan juga hantaran yang tidak kemas dan ianya lebih kepada untuk clear bola bukannya membuat hantaran.
Kita nantikan kesudahan perlawanan Malaysia vs Jepun untuk Sukan Asia 2010. By the way, sebelum ini Malaysia menang menentang Kyrgyzstan dengan 2-1 dan Jepun menewaskan China 3-0.
9 comments:
memang dah agak mesia kalah hahah
0-2? Not bad.. try harder next time..
tidak.....
malaysia kalah sebab pemain dia banyak yang cedera. tapi takpe, experience tuh penting, bleh buat improvement.
velasrizal:ape la gelakkan negara sendiri..
kira ok la..sebab chian kalah dgn jepun 3-0..
malaysia just 2-0 je..
malaysia boleh pergi pusingan kedua jika seri dengan Cina
penggoreng dan anon: setuju better than china
sahrom: rasanya Malaysia kena menang kan sebab game kedua china menang ngan kyrgyzstan 2-1
Malaysiaku..... kenapa mesti tewas...
oh tidak... sejarah dulu berulang lagi... Malaysia tewas ngan Jepun
sedey sedey... huhuhu
Telah ku jangka dari awal lagi..
Post a Comment