Pages

Wednesday, May 11, 2011

Kelantan Tak Menang Lawan Negeri Sembilan Sebab Pengadil, Betul Ke?

Perlawanan Liga Super di antara Kelantan vs Negeri Sembilan yang berlangsung semalam (10 Mei 2011) menjadi bualan setelah Kelantan seri tanpa jaringan dan tidak dapat berada di persada liga. Ini disebabkan oleh dua gol Kelantan, Chanturu dan juga Khalid Jamlus dibatalkan oleh pengadil disebabkan oleh offside.

  • Gol pertama Kelantan oleh Chanturu tidak dikira kerana beliau sudah berada di kedudukan offside i.e. ketika bola berada di kaki seorang lagi pemain Kelantan, Chanturu berada di hadapan pemain-pemain pertahanan Negeri Sembilan dan tiada seorang pun pemain Negeri Sembilan berdekatan dengan gol kecuali penjaga gol

  • Gol kedua jaringan Khalid Jamlus yang berada di dalam kotak C, tidak begitu jelas kedudukan sama ada offside atau tidak. Sama ada Khalid Jamlus berada sama level dengan pemain Negeri Sembilan atau sedikit ke hadapan tidak dapat dipastikan, kena tengok video dengan lebih jelas (boleh lihat video @youtube)

    Anyway, dalam kotak B, walaupun pemain Kelantan berada di hadapan pemain Negeri Sembilan, yang ni tidak offside sebab ianya tidak memberi kelebihan kepada Kelantan sebab bola tidak dihantar kepada pemain dalam kotak B
By the way mengikut FIFA:


  • Tidak menjadi suatu kesalahan apabila berada di dalam kedudukan offside, i.e. dalam kotak B tetapi kesalahan dikira apabila pemain lain dalam pasukannya menyentuh bola dan beliau mempunyai kelebihan daripada posisi tersebut

  • Ini bermakna dalam kotak C kena tentukan betul-betul sama ada Khalid Jamlus berada di hadapan ataupun sama level dengan pemain Negeri Sembilan
Maybe kepada yang lebih arif, boleh komen. Sama-sama le kita berkongsi ilmu agar dapat memberi lebih kefahaman kepada semua. Sebab banyak kali tengok video tapi masih tak dapat dipastikan dalam kotak C tu sebab sudut yang diambil tu tak nampak jelas.

12 comments:

sahromnasrudin said...

serahkan pd yang berkuasa

Fikri Rais said...

Kalah menang adat perlawanan. Kadang2 memang referee ada terlepas pandang, even game besar2 pun. :)

eelobor said...

jaringan chanturu mmg jelas offside, namun gol khalid ada sedikit ralat. mutu pengadilan memang teruk namun bukan penyebab utama (mungkin sedikit) kepada kegagalan pasukan TRW memungut 3 mata. tiada rezeki semalam utk pasukan TRW semalam kerana N.9 juga memberi tentangan yang sengit

Imran@Copenhagen said...

Patut la seri 0-0, gol dikira offsite rupanya..kempunan la Kelate nak menang game tu..

velasrizal said...

mmg kontoversi btol game mlm td

aque said...

huhuhu penyokong kelantan diharap besabar yew...

pengadil terlepas pandang kot....

babybugmum said...

alaa..x tgk la pulak kan..biasala kengkadang pengadil pon bkn btul sgt...tak nampak or pura2 tak nampak..tataulakan

Relevan said...

Undi ..

Nik Zulkhairi said...

kalah menang adat main. barcelona pun selalu gak kalah. walaupun pahit, kita kena terima, tak yah jadi cam mourinho. itu mat saleh panggil 'sore loser', asal kalah je pengadil x betul la, tiang gol senget la, bola tak cukup bulat la. peace bro :)

Fafau de Craft ( Zana ) said...

hmm,tu la..mak sy pon ckp mcm tue...sbb pengadil!hebat gak mak sy..lyn bola! :p

Ayie said...

rileks.. ref pun manusia.. ^^

hazman aka species1980 said...

tu laa....takpe besok blasah balik selangor kat stadium bukit jalil untuk piala F.A.....