Pages

Monday, May 2, 2011

Jom ke Taman Pertanian Malaysia @Bukit Cahaya Seri Alam Shah Alam

Jom bosan-bosan dan kalau ingin nak mencari kelainan kita terjah ke Taman Pertanian Malaysia yang terletak di Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam, Selangor. Kalau nak dapatkan maklumat lanjut boleh call 03-55106922.

Kalau dah taman mesti ada pokok-pokok dan kat tepi tu untuk laluan pejalan kaki. Memang besar sangat tempat ni. Kalau jalan memang letih le.

So untuk menyelesaikan masalah penat, jom kita naik bas ni. Memang free, kan dah bayar tiket nak masuk. Kalau naik bas ni tak nak turun pun boleh, i.e. tunggu kat last station le. Kalau tak silap perjalanan "jalan-jalan" ni lebih 20 minit so just sit and relax sambil tengok alam semulajadi.

Tempat duduk memang banyak gak lebih 30 dan dalam bas ada TV, masa kitaorang masuk tu ada karaoke. Alah yang nyanyi-nyanyi tu, entah lagu 80an or 90an kot. Layan ajalah.

Kalau tak nak jalan dan tak nak naik bas, boleh sewa basikal pada kadar berpatutan. Alamak tak ingat le berapa harganya. Tapi tak sampai RM10 untuk sejam. Ramai juga gunakan perkhidmatan ni, boleh ambil angin dan flexible.

Ni hadapan Empangan Sungai Baru. Yalah kalau yang dok kat KL tak biasa tengok empangan bolehlah datang sini ya.

Di samping itu, banyak lagi benda yang ada antaranya Taman Padi, Taman Haiwan, Menara Pandang Jauh, Taman Orkid dan macam-macam lagi. Lagi satu banyak juga aktiviti pengubahsuaian sedang dilakukan.

Apa-apa pun, tiket untuk kanak-kanak RM1.00 dan dewasa RM3.00. Untuk warga emas (55 tahun ke atas) pun RM1.00. So apa lagi, singgah jangan tak singgah hujung minggu nanti.

18 comments:

velasrizal said...

ingatkan dh tutup tmn ni

mimmarazaq said...

mcm best je tempat nie...nak pegi :)

Salam Ziarah
mey join "moment to be remember Giveaway" mima||
http://rosmimarazak.blogspot.com/2011/04/hye-semua-okay-kali-nie-mima-pulak-nak.html

Miecyber said...

Menarik....

Kapalterbang bateri

faiz said...

mmg bgus kalo bwk family tmpt2 camni..

Nur Liyana said...

yana duduk kedah..dan pernah mai dah tempat nie..hehe
ada 4 musim kan???

yana pergi tyme musim panas kot..hehe

tapi best!!!!

Myvitrd said...

tahun lepas aku pon pernah sampai.. memang enjoylah..sebab dulu masa rombongan sekolah je pernah masuk situ.. dah tua2 ni bawa adik2 pulak masuk situ.. hehehe

Mr. Asada said...

best! utk release tekanan n santai2 ngan family elok sangat tempat2 camni. ;)

Unknown said...

paling best skali dtg sini,
msuk rumah 4 musim,
best sangat2
walaupun x real..heheeh =)

eiela said...

Taman nih pun dipanggil CERAKAH jugak kan? Kalau silap tolong betul kan ye. Lama tak pergi nih.

Latest Entri :
Pandangan : Nak Cepat Dapat Duit Melalui Blog?

JMR said...

macam besar gk tmpt nih ek..taknah lg pegi nih..

amal said...

lamanya tak pegi sini. ingat last pegi masa kecik2 dulu...

Lagenda said...

ha ah..dulu masa kecik2 mak pernah pi sini..pastu ingtkan dah tutup.

Menarik ke pi sana nik?

Izan Ishak said...

ingat lagi dulu2 masa saya singgah sini, tmn ni baru je bukak. thn berapa pun dah tak ingat...zaman sekolah rendah rasanya.... dah berpuluh tahun tu~

Anonymous said...

tak pernah pergi lagi kat tempat ini..nanti ada masa free..nak try pergi lah.

toyolkiut said...

oh, xde la mahal sangat tiket nya, bbanding dngn Taman Tamadun Islam kt trenggganu ni..
apa tarikan nya situ, x kn pokok2/ alam je..
hehe..
TK x pnh smpai lg..

nairaariaa said...

best ke?trigin nak pg tp xtaw ade ape kay sane yg best..huuu~

amirah said...

dulu zaman sekolah ramai buat rombongan pi sini...ala sweetnya abg ngan adik ni

icee-yah said...

tak pernah pgi lagi ni..:)