Pages

Tuesday, May 3, 2011

Harga Emas Naik Tapi Berapa Untung Emas KFH

Ramai daripada kita sudah tahu yang harga emas sudah beberapa kali mencecah harga tertinggi dalam sejarah pada tahun 2011. Tapi adakah kita tahu berapa keuntungan sebenar kalau kita beli emas for example emas KFH? Jom nak share sedikit maklumat yang mana ramai yang tak tahu.

By the way, harga jualan emas KFH naik 5.8% sepanjang tahun 2011, Januari sehingga April. Jom kita tengok keuntungan or kenaikan sebenar setelah mengambil kira spread (perbezaan harga belian dan jualan).

Kenaikan sebenar bagi tempoh 4 bulan adalah 0.06%. Maknanya kalau kita beli pada 3 Januari 2011 dan jual pada 29 April 2011, kita akan dapat peningkata harga sebanyak 0.06%. Satu lagi pada hari pertama, kita akan rugi sebanyak 4.3% (spread) dan tahun ini harga terendah adalah pada 28 Januari 2011 (kejatuhan sebanyak 11.17%). Itulah sebahagian daripada risiko yang perlu diambil bila beli emas.

Jom kita tengok pula dari segi keuntungan / kerugian dalam ringgit. By the way, pengiraan ini berdasarkan minimum purchase of 10 gram @RM1,432 (3 Januari 2011). Sepanjang 4 bulan keuntungan sebenar adalah RM1 dan hari pertama nilai emas jatuh sebanyak RM62 dan paling teruk adalah pada 28 Januari 2011 sebanyak RM160. Itulah serba sedikit maklumat yang saya ingin kongsi bersama.

Ingat sebelum kita beli apa-apa instrumen pelaburan termasuk emas kita kena faham betul-betul risiko, spread dan macam-macam lagi. So kalau let say kita beli pada 3 Januari sebanyak RM1,432 dan perlu duit pada 28 Januari 2011 dan jual kita akan rugi sebanyak RM160 or 11.17%. Ingat pelaburan dalam emas memerlukan jangkamasa yang panjang dan kalau boleh duit yang kita tak nak guna.

11 comments:

toyolkiut said...

emm..
itu la, ngan harga x stabil ni, buat TK fikir pnjng sblm nk beli dinar mas ni..

sahromnasrudin said...

sangat mengagumkan bile sebut pasal emas nie kan

Ayie said...

Wow.. Investment sgt best tapi berrisiko....

Lagenda said...

day by day, mak makin memahami bagaimana pelaburan emas ni..wlupun slow utk memahaminya..

Mmg kena tunggu masa yg lama baru leh nmpk keuntungannya..takat 3-4 bln ni, x nmpk apa2 hasil lg pun ( klu nk jual lah )

iza said...

Assalam..
Singgah membaca...

velasrizal said...

byk btol naik kali ni

Fikri Rais said...

pelaburan jangka panjang yang baik

faiz said...

papepon pelburan emas ni kite xbley nak compare dlm short term...pelaburan emas ni sesuai jangka masa panjang..

Shahiran said...

Beli emas time harga minyak jatuh. Minyak tinggi, tinggilah emas.

komang said...

emas ni org gune smpai kiamat...

mar said...

emas boleh mengekalkan kuasa membeli kita berbanding duit kertas. kalau dulu RM400 kita dah ble beli seekor kambing tapi sekarang perlu topup lagi sebab kambing dah RM700 seekor. tapi kambing dalam nilai emas masih sama dulu dan sekarang iaitu 1 dinar emas.