Pages

Monday, March 21, 2011

Jom Makan di Restoran Rumah Thai - Taman Melati @Setapak

Hari tu ada baca entry on "Restoran Rumah Thai" oleh eyriqazz. So apa lagi semalam pi le cuba makan kat sana. By the way, alamat dan nombor telefon Restoran Rumah Thai kat sini ya:

Restoran Rumah Thai
No. 69G, Jalan Melati Utama 4
Melati Utama
53100 Setapak
Kuala Lumpur
03-4107 8590

By the way, sorry lah gambar kat bawah ni tak cantik sebab ambil guna phone.

Ni ambil set untuk dua orang pas tu ambil nasi extra. Ni ialah Tomyam Songkhla, kiranya bersantan le dan ada ketam, udang, ikan, lala dan tomato. Ianya agak pedas dan rasa masam-masam, memang sedap juga tapi kalau yang tak tahan pedas memang tak berapa suka le. Overall rating ialah 8.2 out of 10.

Yang ni memang sedap. Ayam pandan ada 4 ketul. Memang my daughter Afiqah cakap sedap dan dia nak datang lagi. Memang di bakar menggunakan daun pandan, memang daun tu garing. Ayamnya sangat lembut dan of course tiada tulang. Macam mana ya nak citer rasa apa. Cubalah rasa, yang ini the best dalam menu so ratingnya 8.7.

Yang ni udang tepung, entah tak ingat berapa ekor, kalau tak silap ada le 7 kot. Kat dalam tu udang pas tu kat luar tepung, by the way, tak rasa sangat udang, tepung memang tebal tapi sedap gak. So yang ni 7.8.

Kalau ikutkan set ini, sayurnya ialah kailan ikan masin tapi tukar dengan kerabu mangga. Tak menghampakan, memang boleh tahan rasanya. Mangganya baru aja "dipotong" semasa kitaorang pesan, segar dan sedap dimakan. Yang ni ratingnya 8.2.

Air tembikai memang OK tapi air honeydew memang tawar so suruh diaorang tambah air gula. So dengan harga RM4.50 segelas memang reasonable, so 8.0.

Icre-cream pun ada, beli dua untuk anak-anak, satu coklat dan satu strawberry. Yang ni nak bagi rating ke? Tak payah le, namanya ice-cream, maybe diaorang guna yang nestle kot.

So overall, boleh dikatakan sedap dan patut dikunjungi pada harga yang berpatutan. Dengan makanan dan keadaan yang boleh dikatakan agak selesa dan masa makan tu tak ramai orang maybe sebab awal lagi. Semuanya RM56.10.

24 comments:

sarah mohamad said...

sedap nya. murah pun rasanya murah jugak la.

azzey said...

Wlu pun harga RM50++ Tp berbaloi2 juga rasanya coz kenyang dgn menu2 yg diorder tu kannnnn..selesa plak tu tptnya...:)

faiz said...

mmg best nampaknye..

ardinihumaira said...

nyum3...
lapo dni tengok segala makanan ni ;)

Myvitrd said...

dekat area mana ni ye bro.. aku macam pernah nampak restoran thai ni..

Sharinginfoz said...

myvitrd: yang ni kat tepi jalan MRR2, sebelah dengan esso, alah area sate kajang, leha.. kat tepi restoran rumah thai tu ada secret recipe dan kat atas tu ada smart readers

purpleyellow said...

sedapnya...tliur kat sini

intan.maisarah said...

hamboi...


tom yam..

amal said...

oh murahnye.. bese kalo seafood sure mahal

velasrizal said...

best klo bwk awek mkn kt sini..

Perodua Myvi SE @ Perodua Myvi Extreme 2011

sahromnasrudin said...

jom...tery

ainhany said...

ooooo baru tau...nampak cm eklusif yer....tmekasih atas pengenalan ini. Boleh mncuba ....:)

Anonymous said...

dah lame tak makan ayam pandan..

tp tekak ni skrg nak makan somtam! :)

Anne said...

wahhhh...rating tinggi2 berlaka. memang sedap ni. Bulan depan pi wrkshop kt kl blh la ajak member pi makan sana.

rasp said...

uish terkecur tgk foodnya...
nak nak kerabu mangga tu...

Kalamhati said...

kena try nih..hehe

toyolkiut said...

wah..
kenyang2..
TK suka tomyam..

Azlina said...

dah terlambatla...aritu duk kat setapak...ni dah jauh nun di chini..

icee-yah said...

waa...bes je tgk..ayam tu macammanalah rasanye ek..kena pg ni sekali

hazman aka species1980 said...

ayam pandan tue memang sedap semata....

Bella Enveeus said...

oops terlihat makanan2 ni tiba2 terasa lapar la pulak.. saya nak gi makan dulu! :D

miss nina said...

not bad la, sesetgh tempat macam mahal je kalau order camtu.

kerabu mangga memang sedap :)

amirah said...

tomyam sedapnya!

Anonymous said...

masak sendiri kat rumah lagi sedap, ke cmana ?