Pages

Thursday, March 3, 2011

Arsenal Membaham Leyton Orient 5-0: Piala FA

credit: guardian

Pada perlawanan ulangan pusingan ke-5 Piala FA, Arsenal menang bergaya dengan menewaskan Leyton Orient, pasukan yang bermain di League One dengan 5-0. Kemenangan ini meningkatkan moral pemain-pemain Arsenal setelah kalah tipis 1-2 menentang Birmingham City dalam perlawanan final Piala Liga baru-baru ini.

Nicklas Bendtner menjadi wira Arsenal setelah menjaringkan hatrik manakala dua gol lagi dijaringkan oleh Marouane Chamakh dan Gael Clichy. Dengan kemenangan ini, Arsenal akan menentang musuh ketat, Manchester United dalam perlawanan suku akhir yang akan berlangsung pada 12 Mac 2011 nanti.

Arsenal mempunyai jadual yang ketat yang mana akan menentang Sunderland dan Barcelona dalam masa 7 hari dari sekarang.

Perlawanan menentang Sunderland sangat penting bagi merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Manchester United setelah Man Utd kalah 1-2 kepada Chelsea.

Manakala menentang Barcelona juga teramat penting bagi melayakkan ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara. Bekalan 2-1 di the Emirates tidak begitu selesa memandangkan permainan di Nou Camp sangat sukar. Apa-apa pun, Arsenal perlu fokus dan bermain dengan sebaik yang mungkin setelah beberapa pemain harapan mengalami kecederaan, Walcott, Fabregas dan Van Persie.

11 comments:

Azman Roslan said...

caya lah, sedih sebab kalah hari tu. heheh.. terlepas piala..

velasrizal said...

baguslah spirit dh pulih

intan.maisarah said...

hamboi, seronok la kipas susah mati arsenal.
muka berseri seri aja ye

Admin said...

yess.. arsenal mmg hebat.. heehe

relevan said...

\o/ arsenal !

sahromnasrudin said...

arsenal superb la.........

akiss ferrero. said...

wooohooo! go gunners!

ardinihumaira said...

patot aa encik tunang tak bape mesej. skang musim bola lagi. uwaaaa

Alimaz-Kembara Terasing said...

tak tau nak kata apa... sebab tak minat sangat bola...

amirah said...

harap arsen meng dgn MU nnt

faiz said...

van persie injured plak..xtau camner champion league ni..