Pages

Sunday, March 20, 2011

Datuk Nicol Ann David Juara @Menang Menentang Madeline Perry: Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB 2011: 20 Mac 2011

Datuk Nicol Ann David menjadi juara mengalahkan pemain Ireland yang juga pemain nombor 6 dunia, Madeline Perry. Kemenangan vs Madeline pada hari ini, 20 Mac 2011 dilakukan dalam 3 set berturut-turut iaitu 11-6,11-6 dan set terakhir dengan 11-2.

Nicol David yang berumur 28 tahun nampak mudah mengalahkan Madeline yang berumur 34 tahun di final ini. Anak jati Pulau Pinang dengan ini merangkul juara ketujuh Terbuka Kuala Lumpur.

Tahniah diucapkan kepada Nicol David yang juga berjaya di dalam pelajaran dengan mencatat 7A di dalam PMR dan subjek kegemaran beliau adalah matematik.

5 comments:

alexa yussida said...

yeayyy..tahniah datuk nicol!!sy jadikan die pnguat smngat msa skolah dlu...kalo die bole cemerlang akademik n sukan serentak knp tdk kita..:)

velasrizal said...

mmg power btol nicol ni..asyik menang sokmo huhu

J.M.R said...

nicol mmg atlit contoh Malaysia...

eelobor said...

kawan memeang respek giler ngan Datuk Nicol nie. Beliau lahir kena pada zamannya. Untung badan....

miss nina said...

nampaknya DNAD sukar dikalahkan, prestasi tip top