Pages

Tuesday, March 1, 2011

Harga Emas KFH Naik 5.5% Bulan Februari 2011

Pada bulan Februari 2011, harga jualan emas KFH telah meningkat 5.5% @RM7.55 satu gram berbanding dengan penurunan sebanyak 4% pada bulan Januari 2011. Peningkatan harga emas pada bulan Februari 2011 adalah disebabkan antara lain, inflasi di kebanyakan negara seluruh dunia dan juga ketidakstabilan politik yang sedang berlaku di negara Teluk dan negara-negara lain.
Disebabkan penurunan harga jualan emas KFH pada bulan Januari 2011, peningkatan pada tahun 2011 sehingga 28 Februari adalah sebanyak hampir 1%. Walaupun terdapat peningkatan, pelabur yang membeli emas pada awal Januari 2011, masih lagi tidak mengalami sebarang keuntungan disebabkan spread (perbezaan harge belian dan jualan). Apa-apa pun, pelaburan dalam emas ini memerlukan jangkamasa yang sederhana sehingga panjang. Maybe melebihi 3 tahun baru dapat hasil yang dijangkakan.

Di samping itu, spread harga emas KFH telah meningkat from hanya 4.4% awal bulan januari 2011 kepada lebih kurang 6% pada aktu ini. Lagi tinggi spread lagi tinggi keuntungan diperlukan untuk "balik modal". Sebagai contoh:
  • Spread 4.4% bermakna kalau kita beli emas sebanyak RM1,000 pagi ini dan jual pada petang hari, kita akan rugi sebanyak 4.4% or RM44 manakala kalau spread 6% bermakna kita akan rugi RM60 setiap RM1,000
Begitulah secara ringkasnya pelaburan dalam emas ini.

12 comments:

faiz said...

tggi btol spread kfh ni...cimd xsilap just 3%...dah habis exam ke bro??
Mudah ke nak jadi orang Sabar....

intan.maisarah said...

pelaburan emas sebaik baik pelaburan.
real asset

toyolkiut said...

tu la..
bnyak kali naik dalam masa terdekat ni..
ngah fikir ni, nk melabur dalam emas ke hartanah ni..

Mulan said...

tqs for sharing d info..

sahromnasrudin said...

wow..hebatnya..tahniah utk semua pelabur emas

yangbaik said...

eh... harga emas naik lagik yekk... okeh tunggu naik lagik pastu nak jual apa yang patut... heheh

Eliss said...

tak pernah terfikir nak melabur emas sebab dia ada susut nilai jugak kan..

Lagenda said...

beli emas kat mana2 bank pun, peratus kenaikan tu sama je kan nik??

azzey said...

wow naik lagi ye...:)

LiFe KaMi said...

tapi kenaikannya belum ketara sgt,
mmg sesuai klu beli emas sekarang dgn harga yg rendah sebelum melonjak lg tinggi.

Sharinginfoz said...

faiz: belum lagi just singgah kejap

lagenda: berbeza-beza mengikut jenis emas i.e. 916, 999 dan macam2 faktor lagi, anyway apa-apa pun, kenaikan tak banyak beza

ardinihumaira said...

ingat hantaran kawen nak ada dinar emas :)