Pages

Sunday, March 27, 2011

Safee Sali Jaring 2 Gol Kemenangan Pelita Jaya Lawan Bontang FC

UPDATE: Pelita Jaya menang 2-0 lawan Persijap Jepara. Youtube jaringan Safee Sali pada 3 April 2011

2 jaringan pemain kelahiran Malaysia, Safee Sali menentang Bontang FC membolehkan Pelita Jaya membawa balik tiga mata berharga. Jom tengok jaringan Safee Sali untuk Pelita Jaya @youtube.

Kemenangan 2-1 di tempat lawan telah menyaksikan Safee Sali menjaringkan gol-gol di minit 60 dan 73 manakala tuan rumah mendapat gol pada minit ke-89 tetapi terlambat untuk mendapat sebarang mata.

Dengan kemenangan ini, Pelita Jaya masih berada di zon yang tidak selamat apabila sekadar menduduki tempat ke-14 daripada 15 pasukan di dalam Liga Indonesia (ISL). Masih ada 10 perlawanan perlu diharungi oleh Pelita Jaya bagi mengetahui nasib mereka di dalam ISL.

Sejak penampilan sulung Safee Sali dalam ISL pada 5 Mac 2011, sudah 4 perlawanan telah diharungi dengan keputusan 2 menang dan 2 kalah termasuk perlawanan terbaru menentang Bontang FC. Di harap Safee Sali dapat membantu pasukan Pelita Jaya untuk memperbaiki kedudukan.

16 comments:

eelobor said...

bangga dengan safee.... kawan tunggu pemain2 lain juga dapat peluang bermain di liga luar

faiz said...

harap2 safee sali dpt lebih maintain dlm permainan die..

Adha said...

Harap pas ni Safee akan terus naik..ada bayang Mokhtar Dahari kat dy..:)

Entri Segar: Mentaliti Made In China

ejaMaria said...

bangga dgn SS... semakin ramai yg sayang dia... tp takut juga pada yg benci dia... ;p
semoga dia selamat selalu...

Freak Tips said...

SS tu campak mana2 tetap SS.. Hidup sebagai FB player. yehh!

norzillawatie binti zahidin (che-che) said...

folo u.folo me gak ea

J.M.R said...

memang ptot safee tolong pelita jaya naiikan ranking tu..best gile life dia kat sana..mewah tu..

Zura said...

waaah..safee sali dpt ubah kedudukan pelita jaya...mmg baguslah dia nie..

miss nina said...

semua orang sedang perhati SS. baguslah dia boleh perform di sana, good for his career

GreenLava said...

Bagus... harap-harap prestasi SaSa bertambah baik.

afiqazizan said...

cayalah safee sali..teruskan score banyak lagi gol utk membantu team pelita jaya fc.

arekymz mukmeen said...

harap2 safee berjaya kat sana.
bawa nama baik Malaysia yg makin tercemar.

relevan said...

SS \o/

amirah said...

bagusla safee dh menyumbangkan..tak sia-sia pindah ke sana

Ismail De Havocker said...

dah brape gol safee kt sane eh

Sharinginfoz said...

Ismail: kalau tak silap sehingga 21/4, sudah 5 gol