Pages

Wednesday, March 9, 2011

Skim Rumah Pertamaku (SRP) @RM220,000 Tak Perlu Bayar Deposit

credit: fotopages

Sebelum ini pada bulan Oktober 2010 dalam Bajet 2011, PM @Menteri Kewangan ada mengumumkan mengenai pinjaman bagi pembelian rumah pertama tanpa deposit bagi rumah yang berharga bawah RM220,000 untuk golongan muda yang baru bekerja dengan income bawah RM3,000 sebulan.

So semalam pada 8 Mac 2011, PM melancarkan Skim Rumah Pertamaku (SRP), secara ringkasnya:
  • Bagi golongan muda di bawah 35 tahun
  • Pendapatan bulanan bawah RM3,000
  • Boleh dapat pinjaman 100% @tanpa deposit
  • Rumah berharga RM100,000 to RM220,000
  • Tempoh bayaran maksimum 30 tahun
  • Cagamas menjamin pembayaran deposit 10%
  • Tidak pernah membeli atau memiliki hartanah sebelum ini
  • 26 bank yang menyertai skim ini, antaranya: AmIslamic, Bank Islam, Bank Muamalat, Maybank Islamic, OCBC Al Amin, Public Islamic, RHB Islamic dan Standard Chartered Saadiq
Bagi saya, ini adalah salah satu inisitif yang baik di mana "Skim Rumah Pertamaku (SRP)" sangat dinanti-nantikan oleh golongan muda bagi memudahkan pemilikan rumah. Just imagine kalau sebelum ini nak beli rumah berharga RM200,000 perlu simpan duit or pinjam dengan mak bapa sebanyak RM20,000 untuk bayar deposit. Ini tak termasuk kos guaman dan lain-lain lagi.

27 comments:

Joy said...

untung sape yg belum beli rmh ;)

velasrizal said...

bagus gak.. ringan beban golongan muda nti.. nk beli keta la kawen la..

eelobor said...

bro....pendapatan bulanan tidak melebihi RM3k itu untuk sorang bagi yang ingin membeli rumah atau untuk suami&isteri ?

zailamohamad said...

memang bagus tapi sudah terlambatlah..kami dah beli rumah pon;(

tapi kan kat bandar ni, susah sangat nak cari rumah yg below RM200k, kalau ada pon jauh dr tempat keje & hujung2 dunia;D

Sharinginfoz said...

eelobor: pendapatan RM3,000 itu dikira isi rumah, kalau ikutkan bajet 2011, maknanya kalau suami gaji RM2,000 dan isteri gaji RM2,000 tak layak le

Myvitrd said...

untuk golongan tak banyak komitment memang bagus sebab 100% loan.. tapi yg komitment tinggi..bank rasa2nya susah nak bagi 100%

sapa yg belum n bercadang nak beli umah.. ambil peluang keemasan ni

faiz said...

mmg bgus skim ni...rugi btol sebab xkerja lg..

Suliana said...

bagus program ni, tapi sy dah beli rumah.. melepas :-) tapi kan, klu rumah di sekitar kl ni agak2 rumah apartment je la yg mampu klu range mcm tu.. klu rumah 200k may be kat area rawang, klang blh la dapat rumah cun skit..

lydzar said...

mmg bagus utk golongan muda..

relevan said...

Berita baik untuk yang nak membeli rumah pertama ini..

ardinihumaira said...

teringin dni nak beli rumah sendiri :)

siti murni said...

Bagus nya..tapi dah terlepas peluang ni sebab baru je beli umah 2 thn lepas...huhu...rugi la pulak rasanya..ada syarat-syarat lain lagi tak?

rasp said...

sesiapa yg layak, shud grab this opportunity...

cikgu isza said...

cepat2 beli rumah sebab harganya makin melambung..

Nina said...

Tapi kena renung2kan juga..interest dgn bank bila buat 100% loan ni..

Ali ridha said...

sudah berapa tahun aku tiada rumah.
rasa nak ambil juga.sampai bila nak tinggal dengan mak ayah ni.

# # Ali-alridha.com/blog !# #

KiD said...

aisey... nak beli gak laaaa.. tapi, macam tak lepas syarat je.. huhuhu
Char Kueh Teow TTDI Mantap beb!!!

e.l.i.s.s.m.i.e said...

utk kakitangan swasta ajer..cukup ker nak bayar bulan2 kalo gaji bawah 2K tu erk..

amirah said...

kena prepare jugak untuk yuran guaman dan mcm2 lagi la

iza said...

Salam...
Kalau ikut pendapatan kasar..macam tak memenuhi syarattt je. Bila agaknya nak boleh miliki rumah sendiri.

miss nina said...

harapnya skim ni betul2 membantu golongan muda.

poyaty said...

gud, ade can lah org muda ada umah sndiri pas neh. xyah tumpang mak bapak dah

DaHLia said...

walaupun kerajaan dah bg inisiatif mcm ni, daku masih lagi tak rasa pun nak beli rumah :D
tak terbuka pintu hati lagi..
rumah arwah abah ni pun ada :D

Anonymous said...

boleh ke bayar kalau dapat loan 200k ke atas, beli rumah 100k pun kena bayar RM600 kalau beli RM200k...byr RM1200, boleh yang bergaji RM3000 beli rumah mcm tu, byr kereta lagi, bil-bil lagi, duit dapur lagi, minyak kereta lagi....so fikir-fikir lah...

Anonymous said...

skim ni mmg bagus tp tgk la pulak bulan2 bape kn bayar?harga rumah naik aje....

ros said...

Tapi, setengah bank tak suggest kan kite bauat skim rumah pertamaku. Sangat leceh dan merumitkan, entahla, kerajaan nak beri kemudahan dan kesenangan tapi, pihak bank plak tak berapa layan bile kita nak buat skim rumah pertamku. Mungkin bank rugi dengan srp ni.....sedih sungguh.

mfadhley said...

baru teringat nak buat rumah pertamaku,tapi ade hutang ngan akpkterus tak jadi,sape yg ade akpk tu kenelah settlekan dulu baru name clear