Keputusan terkini bagi perlawanan kelayakan EURO 2012 yang berlangsung pagi tadi, 26 Mac 2011 (Sabtu) telah pun diketahui:
- Juara Piala Dunia 2010, Sepanyol menang 2-1 lawan Czech Republic setelah ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama hasil jaringan Jaroslav Plasil. Pada separuh masa kedua, pemain Barcelona, David Villa menjaringkan dua gol termasuk satu penalti. Dengan jaringan ini, David Villa menjadi penjaring terbanyak setakat ini dengan 4 gol
- Naib juara Piala Dunia 2010, Belanda yang kalah 0-1 kepada Sepanyol dalam masa tambahan, kenduri gol dengan membelasah Hungary dengan 4-0. Gol-gol Netherlands dijaringkan setiap satu oleh Rafeal Van der Vaart, IbrahimAfellay, Dirk Kuyt dan juga penyerang sensasi Arsenal, Robin Van Persie
- Perancis menumpaskan Luxembough dengan 2-0. Gol-gol dijaringkan setiap satu dalam separuh masa pertama dan kedua oleh pemain pertahanan AS Roma, Philppe Mexes dan juga Yoann Gourcuff
- Itali menang tipis 1-0 lawan Slovekia hasil jaringan pemain tengah Inter Milan, Thiago Motta pada minit ke-73
7 comments:
yeah , ske belanda menang lagi !
menang besar ye belanda...
yeah.
belanda ngan spain best la.
ble england nak main plak eh?
spain dan belanda menang..terbaik la..haha.
takder astro... dapat tengok keputusan kat sini pun dah kira okeh...
harap2 mlam ni England menang !!!?
makan besar nmpaknya belanda...
meninggalkan jejak
Post a Comment