Pages

Tuesday, March 22, 2011

Messi Muncul Pemain Bola Sepak Menerima Pendapatan Tertinggi

Mengikut goal.com yang memetik kaji selidik yang dijalankan oleh majalah "France Football", pemain Barcelona, Lionel Messi menerima pendapatan berjumlah EUR31 juta setahun manakala pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo pula di tempat kedua menerima EUR27.5 juta dan pemain Manchester United, Wayne Rooney di tempat ketiga membawa balik EUR20.7 juta setahun. Memang lumayan pendapatan mereka.

Pengurus pasukan Real Madrid, Mourinho berada di kedudukan teratas dengan pendapatan berjumlah EUR13.5 juta setahun. Menghampiri di tempat kedua ialah pengurus Barcelona, Pep Guardialo dengan EUR10.5 juta setahun. Bekas pengurus Inter Milan dan sekarang tidak mempunyai mana-mana kelab, Rafael Banitez membawa balik EUR10.2 juta setahun.

Agak-agaknya, siapakah pemain Malaysia (other than Safee Sali) dan juga pengurus kelab di Malaysia yang mendapat pendapatan yang tertinggi dan berapa jumlahnya?

8 comments:

faiz said...

memang byk btol..main setahun kat sana pon dah cukup..

velasrizal said...

hanya sepak bola blh jadi kaya cmni.. best btol

amirah said...

uiii..kayanyaaa..tktau le sape.agak2nya adik beradik kembar aidil ngan zaquan kut..

afiqazizan said...

aq ingtkan ronaldo pling kaya ketika ini.

KiD said...

giler kentang.. tapi berbaloi laaa dia...
Deejay Radio Baru!

eelobor said...

stadium mereka penuh. kat sini cuma satu stadium jer yg penuh. yg lain2 semua kosong cuma tunggu final jer baru nak kuarkan duit tgk kat stadium. camne nak isi poket pemain? cmne nak buat pembangunan sukan jika hanya mengaharp dana kerajaan? cmne nak setaraf?

black_mel said...

haha..kenapa kena other than safee sali?haha..aku rasa yg mahal keeper khairul fahmi tu kot..12k mungkin..

Sharinginfoz said...

eelobor: memang betul, stadium kena penuh pas tu kena dapat sponsor dan keuntungan jual barang baru boleh bagi gaji tinggi

black_mel: yalah sebab safee sali tidak dikira since main kat Indonesia for sure gaji lebih tinggi jika dibandingkan dengan bermain di Malaysia (secara kasarnya)@lebih RM30K sebulan