Pages

Saturday, March 5, 2011

Penyebab Utama Masalah Kewangan

Hari tu dengar perbincangan mengenai kewangan dalam Berita Radio 24 dan secara ringkasnya ada 3 sebab utama mengapa seseorang menghadapi masalah kewangan:
  1. Gaya Hidup
    • Kehidupan di bandar-bandar besar di Malaysia seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan juga Pulau Pinang memerlukan belanja yang besar. Sometimes gaji yang kita dapat setiap bulan tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan yang basic dan oleh sebab itu saya berpendapat gaji minimum (minimum wages) perlu dilaksanakan bagi memastikan setiap keluarga dapat memenuhi keperluan asas

    • Di samping itu, cara kita berbelanja juga menjadi penyebab kepada masalah kewangan. Sebagai contoh ingin memiliki kereta atau barangan yang di luar kemampuan kita. Selalu makan kat luar, bagi students pula maybe tetiap minggu nak keluar tengok wayang dan sebagainya

  2. Sifat Tamak
    • Manusia tidak pernah cukup dengan apa yang kita ada kan. Kalau boleh nak lebih lagi. So bila ada yang perkenalkan skim cepat kaya terus masuk dan "laburkan" wang yang kita ada dan akibatnya hilang begitu sahaja

    • Ada juga yang "melabur" dalam instrumen yang kita sendiri tak faham dan salah timing, sebagai contoh melabur dalam "saham amanah" or "gold" selepas sebulan ingin mengeluarkan, so pelaburan tersebut mengalami kerugian

    • Pinjam dengan "along" untuk berjudi sebab nak kaya. last-last hutang bersepah-sepah

  3. Tiada Perancangan untuk Kecemasan
    • Perancangan untuk perkara-perkara yang kita tak dijangka sangat penting. Kita tak tahu apa yang berlaku pada kita, sama ada (minta dijauhkan) mengalami penyakit yang tidak diingini, kereta rosak dan sebagainya

    • Benda yang kita kena tahu ialah sebelum membuat pelaburan, pastikan kita ada dana simpanan yang secukupnya, sesetengah orang cakap 3 to 6 bulan perbelanjaan kita
So sama-sama le kita mempelajari ilmu kewangan di samping ilmu-ilmu yang lain

11 comments:

Cik Lily Putih said...

sharinginfoz,
betul tuh. gaya hidup memang mempengaruhi utk bermewah2 sambil terlupa menyimpan utk hari tua

eelobor said...

terima kasih berkongsi bro....

URY said...

harap nak dngr radio, tak de lah, nasib baik ada kat sini.
terima kasih kongsi benda ni...

Farra Da Smiley said...

Itulah ramai org nk beli itu ini sbb tgk org lain ada itu ini jugak. Kalu kita stop intention to impress others we can hv more money for savings. Tq for sharing

Relevan said...

Berhutang boleh..tapi biar berpada..ikut sukatan pendapatan..

intan.maisarah said...

:) jagan boros, jangan tamak.
no no no

faiz said...

btol tu...perancangan kewangan ni mmg penting,,kalo x duit byk pon xkn ckup...

JMR said...

berfikir sebelum bertindak..mencegah lebih baik drp merawat..sama je mcm financial ni gk..

ardinihumaira said...

dni sentiasa nasihati diri sendiri jangan boros.. hehe kadang2 terrr jugak ;p

AJ said...

kredit kad salah satu juga...not everyone yang boleh tahan dengan temptation kredit kad..bro,buatla entry pasal Cara Mengawal Nafsu dengan Kredit Kad...hik3..

azzey said...

Yg saya npk ialah mslh gaji minimum yg perlu diambil kira...