Pages

Tuesday, March 15, 2011

Kemungkinan Kebocoran Radioaktif Akibat Letupan Loji Nuklear di Jepun

credit: bharian

Mengikut BBC, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan menegaskan bahawa penduduk yang berada di dalam lingkungan 30km dari loji nuklear yang meletup untuk berada di dalam rumah kerana khuatir pendedahan radioaktif yang melebihi tahap yang berbahaya.

3 reaktor nuklear telah meletup di loji Fukushima Daiichi dalam masa 4 hari dan dikhuatiri berlaku "meltdown". Mengikut, Yukio Edano (Ketua Setiausaha Kabinet), "Jangan berada di luar, tinggal di dalam rumah. Tutup semua tingkap dan memastikan pastikan rumah anda "kedap udara". Jangan "on" pengalihan udara. Tolong jemur pakaian di dalam rumah."

Boleh tengok youtube mengenai ucapan PM Jepun mengenai "Kemungkinan Kebocoran Radioaktif Akibat Letupan Loji Nuklear di Jepun."

Diharap ianya tidak seteruk yang pernah berlaku sebelum ini dan juga kesan radioaktif tidak merebak ke negara lain termasuk Malaysia.

11 comments:

Unknown said...

agak2nya ada lagi tak yg belum meletup? suspen tuh... jgn jadi cam chernobyl udah ler... negara canggih sgt pun, susah jugak kan?

Hazzy Ishak said...

harap2 tak sampai malaysia, tp skg kat malaysia orang dah panik cakap pasal hujan asid. takde sumber yang tepat pasal tu, so jangan percaya

brader kemal said...

bukan kemungkinan... dah kenyataan..

iza said...

As salam..
Eh, semalam bukan ke berita kata tak perlu risau dgn khabar angin yg tersebar?
Apa2 pun harap2 kita semua terselamat dari bala bencana..

Myvitrd said...

berita ni memang mengerikan semua negara yg berjiran dengan jepun..

hope semua dapat dikawal secepatnya

eelobor said...

dasyat betul kali nie....

black_mel said...

bahaya2...harap2 x smpai ke malaysia jgk..

arekymz said...

tu la bahaye nye gune kuase nuklear ni.
ish3.

azzey said...

Harap2 kita semua terpelihara dari perkara2 yg buruk ni...

amirah said...

nauzubillah..mintak Allah jauhkan dr semua malapetaka

toyolkiut said...

bila sebut nuklear ni, seram sejuk je..
bunyi nya macam bahaya sangat2..