Pages

Wednesday, March 23, 2011

Felda United Kalah Suku Akhir Piala FA Tapi Dapat RM141,000


Felda United gagal untuk melayakkan ke pusingan separuh akhir Piala FA setelah kalah dengan aggregate 2-5 kepada Kelantan. Tapi disebalik berita sedih, Felda United membawa balik RM141,000 hasil jualan tiket kerana mereka bermain "di tempat sendiri" di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan. Ini disebabkan Stadium di Cheras sedang dinaiktaraf.

Memang untung betul maklumlah, boleh dikatakan setiap kali ada perlawanan bola sepak di kelantan, stadium seringkali penuh. Memang peminat Kelantan suka lihat perlawanan bola sepak. Kalau semua stadium di Malaysia mendapat sambutan, tak mustahil gaji pemain boleh mencecah RM20,000 or RM30,000 sebulan.

By the way, kutipan Felda United sebanyak RM141,000 adalah yang paling tinggi dalam sesuatu permainan semenjak Felda United bermain dalam Liga-M. Actually jumlah ini melebihi daripada jumlah pungutan tiket dalam 2 musim yang lepas.

Nak tahu kemeriahan penonton Kelantan, apa kata awal bulan April nanti, tengok live at Astro di mana Kelantan vs Harimau Muda A dalam saingan Liga Super.

9 comments:

Anonymous said...

UNTUNG ATAS ANGIN JEA..

siTokei said...

rejeki bro....tgh ada duit boleh la kasi....

shahrilhakime said...

kalo camtu ...nak sajes Perak vs Kelantan nati...bio main kat Kelate...... hehehe

Al said...

haha
durian runtuh btol dorg
psni ade plk team lain wat2 rosak stadium sbb nk men kt klate..haha

AJ said...

fuhh...boleh kasi bonus kat pemain ni...

saperakue said...

yess bolasepak kelantan paling meriah..

Alimaz-Kembara Terasing said...

itu lebih baik dari masuk angin keluar asap

Hakim Mahmud said...

kalau main di kelantan memang masyukk la..!!huhu GOMO KELATAN GOMO

ardinihumaira said...

dni suka tol tengok bola kalo klatey lawan skang ni hehe