Pages

Sunday, March 27, 2011

Keputusan Terkini Kelayakan EURO 2012: 27 Mac 2011

Keputusan Terkini Kelayakan EURO 2012 yang berlangsung pada pagi tadi (Ahad), 27 Mac 2011:
  • England menang 2-0 lawan Wales di Cardiff, Wales. Kedua-dua gol tersebut dijaringkan pada 15 minit pertama permainan oleh Frank Lampard (sepakan penalti) dan Darren Bent. Dengan kemenangan ini, England menduduki tangga pertama dalam Kumpulan G berkongsi 10 mata dengan Montenegro setelah bermain 4 permainan manakala Wales berada di tangga terbawah 5 pasukan

  • Germany menang bergaya dengan 4-0 lawan Kazakhstan dengan 2 gol seorang oleh penyerang Bayern Munich, Miroslav Klose dan juga Thomas Muller. Germany berada di tangga teratas 6 pasukan dalam Kumpulan A

  • Norway dan Denmark berkongsi satu mata apabila seri 1-1. Denmark mendapat gol seawal minit 28, jaringan Dennis Rommedahl manakala Erik Huseklepp menjadi wira Norway apabila menyamakan kedudukan pada 9 minit sebelum tamat permainan. Norway kekal pendahulu Kumpulan H dengan 10 mata dan Portugal tempat kedua dengan 7 mata melepasi Denmark disebabkan perbezaan jaringan gol

Credit: ESPN

3 comments:

Boloque said...

go go go England

DKosongLapan said...

chaitttt menang jugak England...... cisss....cissss...dan cisss

arekymz mukmeen said...

yay!
go england.
go go go.
tebus balik.
sebelum ni kan x dapat msok euro.
hehe.