Pages

Saturday, March 26, 2011

Keputusan Live Terkini Malaysia vs Etoile FC: Perlawanan Persahabatan (26 Mac 2011)

Keputusan Live Terkini Malaysia lawan Etoile FC: Perlawanan Persahabatan (26 Mac 2011): MALAYSIA 1-1 ETOILE
  • Sepakan percuma pemain Malaysia dapat dikeluarkan oleh pemain Etoile dan permainan ditamatkan dengan keputusan berkesudahan dengan seri 1-1. Gol Malaysia dijaringkan oleh Fakri dan gol Etoile oleh Hicham Buchemial. Thanks for following this game

  • 90": Kad kuning pertama ke atas pemain Malaysia, Mohd Sabree. 3 minit masa tambahan

  • 89": Sepakan oleh Norshahrul dapat diagak oleh penjaga gol Etoile

  • 88": Rembatan direct dapat diselamatkan oleh Sarbinee akibat hilang possession oleh Chanturu

  • 85": Sepakan percuma Etoile di luar kotak penalti dapat ditampan oleh Shahrizal Saad

  • 82": Kad kuning pertama ke atas Camara kerana tackle dari belakang ke atas Safiq. Safiq dibawa keluar dan diganti oleh Badrul Bakhtiar

  • 81": Gerakan Norshahrul Idlan dapat dibaca oleh pemain pertahanan Etoile

  • Tinggal 10 minit lagi permainan dan kelihatan Etoile banyak menyerang berbanding Malaysia

  • 76": Aidil Zafuan dibawa keluar dan pemain Kelantan Rizal Fahmi dibawa masuk. Rizal Fahmi menyarung jersi kebangsaan buat kali pertama

  • 73": Sarbinee merebahkan diri menyelamatkan gawang Malaysia daripada dibolosi

  • 69": Pemain Kelantan, Chanturu dibawa masuk menggantikan Amirulhadi

  • 66": Tandukan pemain Etoile melepasi palang, satu lagi serangan ke atas kubu Malaysia. Bagi yang nak lihat jaringan pemain Malaysia boleh layari youtube @sokernet

  • 65": Benteng pertahanan Malaysia sangat longgar dan hampir bolos satu gol lagi tetapi sepakan Stan Fougeroud tersasar tinggi

  • 62": Gol pemain Etoile, Hicham Bouchemial dari luar kotak penalti mengalahkan penjaga gol gantian Malaysia, Sarbinee

  • 61": Larian laju oleh Amirulhadi dapat dihalang oleh pemain Etoile dan bola diambil oleh Amirulhadi tetapi tersasar tinggi melepasi palang gol

  • 57": Tackle yang sangat cantik oleh Kaabi ke atas Amirulhadi di dalam kotak penalti

  • 52": Sarbinee kelihatan teragak-agak menempis keluar bola melepasi palang hasil sepakan jauh pemain Etoile

  • 51": Dua pemain Etoile diperangkap offside, satu persefahaman baik oleh pemain-pemain Malaysia. Sekarang ini Etoile bertukar kepada mode menyerang

  • 49": Sepakan penjuru Etoile diambil oleh Maxime dan disepak cantik oleh Camara tetapi ditepis cemerlang oleh Sarbinee

  • 46": Permainan separuh masa kedua dimulakan dengan pertukaran penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi dikeluarkan untuk Sarbinee Allawee

  • 45": Separuh masa pertama tamat dengan keputusan terkini Malaysia 1-0 Etoile dan kelihatan sukar Malaysia untuk menembusi pertahanan Etoile dan mengharapkan sepakan percuma ataupun penjuru untuk mendapatkan gol. Jumpa lagi dalam masa 15 minit!

  • 42": Norshahrul dapat mengawal baik bola dan melepasi 3 pemain-pemain Etoile tetapi dijatuhkan dan sepakan percuma tidak dapat disempurnakan dengan baik

  • 40": For the past 5 minutes, pemain-pemain Etoile terus menyerang pertahanan Malaysia tetapi dapat dikawal baik

  • 35": Sepakan percuma Aidil dapat ditangkap kemas oleh penjaga gol Etoile, Antonin Trilles

  • 32": Asakan kemas oleh Asraruddin dan sepakan penjuru pertama oleh Etoile tepat ke pintu gol dan dapat ditepis cantik oleh Khairul Fahmi

  • Setelah 30 minit permainan kelihatan Malaysia menguasai permainan tetapi gagal menembusi pertahanan Etoile setelah menjaringkan satu gol di awal minit

  • 27": Hantaran cantik kepada Safiq gagal dimanfaatkan kerana tidak dapat melepasi pemain pertahanan Etoile

  • 20": Rembatan Kevin Lefranc mengenai tepi jaring gol Malaysia, memang Malaysia bernasib baik. Malaysia perlu lebih berhati-hati "menjaga" pemain-pemain Etoile

  • 18": Tandukan pemain Etoile Jonathan Tolo sedikit melepasi palang. Pemain pertahanan Malaysia tidak mengawal Tolo dengan baik

  • 7": Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Ahmad Fakri dengan tandukan cantik hasil sepakan penjuru pendek ketua pasuka,n Safiq Rahim kepada Asraruddin dan menghantar cantik kepada Ahmad Fakri (gol jaringan Fakri @youtube)

  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan pemain-pemain seperti di bawah (sorry beberapa pemain Malaysia tak nampak dalam senarai: Amirulhadi Zainal:21 dan Muslim Ahmad:24)




Entri Terdahulu

Pada pukul 8.00 malam nanti, perlawanan persahabatan di antara Malaysia vs Etoile FC, kelab Perancis yang bermain di S. League, Singapura. Ianya akan disiarkan secara langsung melalui Astro Arena channel 801 dan kalau tak ada sebarang masalah saya akan update keputusan live terkini.

Pada perlawanan malam ini, Malaysia dijangka mengekalkan penjaga gol sensasi, Khairul Fahmi dan penyerang, Norshahrul Idlan Talaha yang bakal digandingkan dengan Ahmad Fakri Saarani. Perlawanan malam ini sangat penting untuk Malaysia bagi mengekalkan momentum kemenangan setelah menang 2-0 menentang Hong Kong dalam perlawanan persahabatan pada bulan Februari 2011 dan juga menang aggregate 2-0 lawan Pakistan bagi kelayakan Sukan Olimpik.

Sedikit maklumat mengenai kelab Perancis, Etoile FC yang beraksi di dalam S. League, Singapura:
Mengikut website S. League, Etoile FC menduduki tangga ke-3 daripada 12 kelab. Mereka telah menjaringkan 10 gol dan hanya bolos 3 gol. Pada perlawanan terakhir pada 22 Mac 2011 di dalam S. League, Etoile FC mengalahkan Tanjong Pagar dengan 3-0.

Pemain-pemain Etoile FC yang perlu diberi perhatian oleh Malaysia adalah Maxime Belouet yang berada di dalam senarai kedua penjaring terbanyak yang telah menjaringkan 4 gol. Seorang lagi ialah Jonathan Justin dengan 2 gol.

All the best to skuad Malaysia dalam perlawanan Malaysia vs Etoile FC malam ini. Saksikan live @siaran langsung melalui Astro Arena.

13 comments:

faiz said...

tak tahu plak ade friendly ni...bley tgk ni..

eelobor said...

okeh...terus update result semasa bro. malam nie mungkin tak berkesemoatan nak tengok sebab ada ceramah ustaz azhar idrus di masjid ar-ridhuan, hulu kelang. balik malam nanti, kawan baca result kat sini

relevan said...

Semoga menang !

Puteri Cahaya said...

malaysia mesti menang perlawanan malam ini

hilmi said...

kalau boleh update kan perlawanan ni kat youtube semua cubaan ke gol ke semua masuk kan. thx

toyolkiut said...

suka mngulas sukan ye..
bagus..

Eyriqazz said...

chaiyok2 malaysia..berkesudahan seri ke?

Sharinginfoz said...

himi: alamak sorry le tak ambil video mode

tk: suka-suka aja

eyriqazz: nampaknya begitulah seri 1-1

mrsid said...

xper, seri pun ok...nie friendly untuk k.rajagobal cari pemain yang betul2 layak...dia suruh semua pemain main..huhu...baru boleh tahu saper yg boleh main dgn baik...maksudnya 1 team...

hazman aka species1980 said...

memang sonok gak tengok game semalam... permainan pantas dengan short pass menarik....cuma pertahanan kena kasi mantap skit...

Haz said...

malaysia seri je.
tapi tak pe rasanya cuma kena improve finishing..

TenangSudey said...

nice one ah malaysia

sgfootball said...

Singapore Cup 2011: Harimau Muda vs Hougang United - > http://sporefootball.blogspot.com/