Pages

Thursday, March 31, 2011

Jom Makan Nasi Kerabu di Restoran Nasi Berlauk Wau Bulan @Selayang

Hari tu terbaca entri mengenai "Restoran Nasi Berlauk Wau Bulan - Masakan Asli Pantai Timur" di blog jmr23, so pi le terjah tempat ini. By the way alamat restoran ini ialah:

Restoran Nasi Berlauk Wau Bulan (Berhadapan dengan KFC)
No. 57, Jalan 2/16
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor
No. Telefon: 019-394 4247 / 013-257 1808

Jom kita cuba nasi kerabu ayam goreng @RM5.00 ni. Nasinya berwarna kuning boleh dikatakan sedap juga. Tapi saya lebih suka yang colour biru baru nasi kerabu yang betul. Ulam dan sambal lada dia not bad. Benda yang paling saya suka ialah sambal kelapa dan sambal ikan, memang sedap betul tapi keropoknya tak begitu masak dengan sempurna sebab kat tepi-tepi tu tak digoreng dengan baik. Ayam goreng bolehlah, bukan yang jenis ayam berempah tapi kunyit.

Overall saya bagi 7.8 out of 10. Kalau yang nak mencuba bolehlah, mempelbagaikan pengalaman makan nasi kerabu.
Yang ni laksam @RM3.00, kuahnya agak pekat dan memang banyak rasa ikan yang digunakan. Ulam dan sambal lada menambahkan lagi rasa laksam ini. Lembut juga laksam ini jika dibandingkan dengan sesetengah tempat, laksamnya agak keras. Yang ni ratingnya 7.9 out of 10.

By the way, air buah kat sini agak berpatutan, tembikai RM2.50 dan teh o ais pada harga RM1.20. Secara keseluruhan, Restoran Nasi Berlauk Wau Bulan boleh dikategorikan tempat yang perlu dituju bagi yang meminati masakan Pantai Timur.

17 comments:

ardinihumaira said...

laksam engan nasi kerabu fav dni :)

sahromnasrudin said...

dekat dgn restoran tuu dia pak tam erk...

hazman aka species1980 said...

kalau nasik kerabu .... suka makan dengan lauk ayam bakar + daging bakar... solok lada sebagai pembuka selera.... ;-p

saya_arief said...

semua fevret..hahha.
:D

DKosongLapan said...

sedap.....kerabu2 ni memang peberet awok niii

kak ina kl (2) said...

belum sempat nak terjah tempat ni..nanti nak terjahlah ek

nairaariaa said...

sedapnye..nasi kerabu kat cafe uitm puncak alam nie pom sedap sgt...yopp try..hee~

arekymz mukmeen said...

sy ni x minat sgt kerabu.
tp bile tgk ni kebulur lak.
haha.

mie said...

sambal lada?
gue nak kena try ni..
eheheheee

azzey said...

Teringin nak cuba Nasi Kerabu ; tapi sampai ke hari ni saya tak pandai lagi nak makan Nasi Kerabu...:(

faiz said...

sedapp nampaknya...lama tak makan kerabu ni..

Zura said...

belanje laksam...skrg nie nasi kerabu pun dh di pelbagaikan ke...

velasrizal said...

murahnye laksam dia rm3 je..berbaloi

amirah said...

laksam!dah lama teringin.kat sini, kena tggu pasar malam ada org pantai timur yg buat baru sedap

komang said...

lokasi mano...mau di terjah

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

fuh laksamm!!
leleh..

salam singgah dr mummy weiyda!!
nice entry!!
keep it up blogging ya!

new netry : http://mummylovepink-lovely.blogspot.com/2011/03/kisah-cinta-sejatii-ko-ada-cinta-sejati.html

Adziim said...

nasi kerabu biru tu guna bunga telang@bunga nasi kerabu.
mak kata sebenarnya versi thailand.

yang kelantan ni kaler kuning guna kunyit.

kt selangor@ kl ni..celah mana nk cri bunga telang..buh pewarna biru bleh la tpi x sdap.