Pages

Thursday, December 30, 2010

Jom Makan di Madam Lim's Kitchen Restaurant @Jusco Taman Maluri Cheras

Jom kali ini kita makan kat Madam's Kitchen Restaurant yang bertempat di LOt G15A, Ground Floor, Jusco Taman Maluri, Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras, 55100 Kuala Lumpur. Sorry gambar tak clear sangat sebab ambil dengan handphone aja.

Yang ni ialah tom yam, ada ayam dan udang @RM6.00. Rasanya biasanya aja, masam dan pahit, tak ada pulak rasa pedas. Tak macam tomyam yang biasa kita makan so rating untuk tomyam ialah 7.8 out of 10.

Ayam masak masam manis (sweet and sour chicken) @RM6.90. Ayam ni lebih sedap daripada tomyam, dan of course rasa masam dan manis ada, kuahnya pekat gak so 8.2.

Yang ni lah yang paling sedap dalam hidangan yang kitaorang order, deep fried sotong @RM14.90, ianya garing dan tepung tu tak keras macam sesetengah tempat dan sotongnya boleh dikatakan fresh le juga, pencicahnya pun boleh tahan. So dapat A+ yang ni, 8.6.

Yang ni kailan masin @RM6.00 tapi tak berapa masin dan macam sayur biasa aja. Kuahnya sedikit pahit dan quite smooth so sedikit lagi nak dapat A, so 7.9 aja.

Yang ni air strawberry dengan susu @RM4.90. Tak berapa sedap sangat, kiranya macam ice-blended, biasa-biasa aja, maybe 7.4 ajalah.
So anak-anak tak nak nasi so beli makanan lain kat luar, semuanya RM50.70 termasuk service charge of 10%. Secara keseluruhan bolehlah makan, something different kan. Maybe overall, rating between 7.8 to 8.0. Kepada yang pernah makan kat Madam Lim's Kitchen Restaurant, apa pandangan anda?

14 comments:

PinQib said...

wah,. ingat onion ring td. he, sedapp3

amirah said...

sekali sekala tukar selera

icee-yah said...

sotong tu nasib baik jadikan..adesetengah temat sekarang bagi sotong tepung yang macam jemput-jemput.tak suke betul

sahromnasrudin said...

nice info wz nice bills..heheheh tenkiu

ardinihumaira said...

whoaaaaaaaaaaaaa
lazatnya :D

amry said...

SEDAP NYERRR...TENGAH DOK KOMEN NI PERIT PON SEMEMANGNYA LAPAR NIH..PERGH!!

iday said...

macammm sedap jer :)
lama dah tak makan besar,..hehe

miss nina said...

tak pernah cuba makan sini. saya suka johhny's restaurant.


btw, sotong goreng tu nampak sedap

mimizuzuhaha said...

food kat sini memang boleh tahan sedap dia. harga pun tak brapa mahal =)

eelobor said...

dulu kerja kat jusco maluri, tp tak pernah masuk makan kat situh

Solehah said...

tak pernah makan lagi kat situ.. :)dlm banyak2 tu teliur kat squids tu..

Faaein Himura said...

pergh.. lagi keliuh tengok makanan kat sini.. nakk...

azzey said...

Sharinginfoz: Yelah sesekali nak juga tukr selera kannnn.....

Air said...

Cendol kat sini sedap...!!!