Pages

Saturday, December 11, 2010

Live Keputusan Kelantan 4-3 Kedah (Sepakan Penalti): Final Piala Emas Raja-Raja 2010

Live Keputusan Kelantan vs Kedah: Final Piala Emas Raja-Raja 2010:
  • Keputusan sepakan penalti (Kedah 3-4 Kelantan)
    • Penjaga gol Kelantan menyelamatkan sepakan penalti Kedah
    • Pemain Kelantan, Mohd Sani gagal menjaringkan gol
    • Pemain Kedah, Wan Mohd Asraf gagal
    • Pemain Kelantan, Khairan berjaya menjaringkan gol

  • Serangan terakhir Kelantan gagal merobek pertahanan Kedah. Masa tambahan tamat dan juara akan ditentukan oleh sepakan penalti

  • 6 minit lagi permainan, Kelantan menyerang bertali-arus terutamanya oleh Che Hishamuddin tetapi gagal menjaringkan gol

  • Setelah 17 minit permainan, kedua-dua pasukan telah membuat 3 pertukaran dan perlu manfaatkan pemain-pemain yang berada di tengah padang sehingga permainan tamat. Jika tiada gol, tendangan penalti akan ditentukan. By the way, juara akan membawa balik RM30,000 dan naib juara RM20,000

  • Separuh masa pertama masa pertama sudah tamat dan masih tiada jaringan. Pemain-pemain sedang berehat sekejap dan diteruskan kembali untuk 15 minit lagi

  • Extra 11": Pertukaran pemain Kelantan, Ramzul dikeluarkan dan Che Hishamuddin (pemain berpengalaman) dimasukkan. Pemain-pemain kelihatan sangat letih

  • Separuh masa pertama masa tambahan dimulakan setelah 5 minit rehat. Dalam masa tambahan, ianya 15 minit setiap separuh masa

  • Separuh masa kedua tamat setelah 2 minit masa tambahan dan perlawanan diteruskan lagi nanti dalam masa tambahan

  • 86" dan 87": Serangan berbahaya daripada Kedah dan Kelantan tetapi berjaya ditangkap cemerlang oleh penjaga gol masing-masing, itulah serangan yang terbaik dalam separuh masa kedua, tinggal lagi 3 minit

  • Sudah minit ke 80 dan kelihatan pemain kedua-dua pasukan sangat penat maybe disebabkan padang yang tidak begitu baik keadaan dan masih tiada gol dijaringkan

  • Tinggal 20 minit lagi permainan, jika kedudukan seri, masa tambahan 15 minit + 15 minit akan diberikan dan jika keputusan masih seri, maka kemenangan akan ditentukan melalui sepakan penalti

  • 64": Kad ketiga buat Kedah, Muammar setelah menyekat larian laju pemain Kelantan

  • 62": Pemain Kedah dilayangkan satu lagi kad kuning, Wan Mohd Asraf. Terdapat sedikit pergaduhan

  • 55": Kad kuning pertama dilayangkan kepada pemain Kedah, Mohd Arfan akibat kekasaran yang dilakukan. Pertukaran pemain Kedah: Tan Yang Wei dikeluarkan dan diganti oleh Mohd Firuz

  • 46": Pemain Kedah memakai jersi 13, Muhd Fiqri mengalami kecederaan akibat pelanggaran dengan pemain Kelantan, juga jersi 13, Nik Mohd Shahrul. Separuh masa kedua menampakkan Kedah menguasai permainan

  • Setelah 15 minit berehat, permainan di separuh masa kedua dimulakan. Dianggarkan sebanyak 15,000 penonton berada di stadium dan ramai juga penyokong Kelantan yang membawa bersama anak dan isteri, maklumlah sekarang ini musim cuti sekolah

  • Separuh masa pertama tamat setelah berakhirnya 1 minit masa tambahan dan tiada jaringan buat masa ini, kelihatan Kelantan mengusai permainan dan Kedah telah memperbaiki permainan. Kita ikuti perlawanan di separuh masa kedua nanti!

  • Sudah 30 minit permainan, keputusan masih kekal 0-0 dengan beberapa cubaan yang dilakukan oleh penyerang Kelantan terutamanya Ramzul

  • 15 minit permainan menyaksikan tidak banyak serangan yang dilakukan dan kalau adapun oleh pasukan Kelantan yang mana menguasai bahagian tengah padang. Sukar untuk membuat penilaian pasukan Kedah kerana tiada serangan yang dibuat lagi

  • 8": Serangan pertama dilakukan oleh Ramzul (Kelantan) menyaksikan pertahanan Kedah bertahan dengan baik. Mengikut rekod, Kelantan sudah 13 kali menjadi juara Piala Emas Raja-Raja manakala Kedah menjuarai sebanyak 7 kali

  • Setelah 5 minit permainan, kedua-dua pasukan bermain lebih berhati-hati terutamanya padang yang lembut dan menyukarkan dan memenatkan pemain. Kelantan yang memakai baju merah dan Kedah dengan kuning dan hijau

  • Senarai pemain-pemain Kelantan dan Kedah bagi perlawanan malam ini


Previous Entry
Perlawanan bola sepak final antara Kelantan vs Kedah bagi Piala Emas Raja-Raja 2010 pada hari ini (11 Disember 2010), 8.45 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammed ke-IV dijangka sangat menarik. Ianya disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena channel 801 @8.00 malam.

Kita nantikan keputusan perlawanan antara Kelantan vs Kedah nanti.

11 comments:

eelobor said...

Insya Allah, juara lagi malam nie

zuar said...

kedah pasti menang...Pulun Kedah Pulun!!

Zaila Mohamad said...

ambo sokong red warriors sebab ambo oghe Klate..hehehehe

Azman Roslan said...

seri kut.. heheh.. kedah rasanya..

Aku Anak Pahang said...

Salam, majulah sukan utk negara!
Jom Singgah "Cerita daripada sebuah kehidupan - akuanakpahang"

velasrizal said...

kali ni ada can lagi kelantan menang..

Anonymous said...

aku skong klate tp kedah pun xpo jgk sebab kedah ngn klate adik bradik...

Anonymous said...

gomo klate gomo! bereh gu gomo seddaq! :D

Anonymous said...

kedah kena pulun dah

Anonymous said...

kedah jagn sedih....usaha lagi tahun dpn...

zuar said...

alaaa...kalah penalti ni yang xberapa nak best ni..piala FA pun penalti gak..huhu..pe2 pun tahniah kelate..gomo kelate gomo..huhu